
Siap Tenung Berulang Kali, Anak Kecil Keliru Mana Satu Si Ibu
Mengenakan pakaian yang sama dengan orang lain sememangnya sesuatu yang tidak dapat disangka dan agak menjanggalkan. Kalau boleh rasa macam nak balik dan tukar kepada pakaian yang lain.
Tetapi apa yang berlaku baru-baru ini lain pula ceritanya apabila seorang anak kecil mengalami kekeliruan selepas melihat dua wanita memakai pakaian yang sama.
Menerusi video yang di muat naik oleh @addazaffali di laman sosial TikToknya, dia dengan bersahaja merakam video anak lelakinya yang sedang berulang kali melihat wajah seorang wanita di hadapannya.
Kanak-kanak lelaki itu seperti keliru melihat dua orang wanita yang mengenakan tudung yang seakan sama lagi-lagi dengan muka yang tertutup.
Kanak-kanak itu merenung wanita tersebut berulang kali dengan muka yang pelik untuk mencari kepastian yang mana satukah ibunya.
“Buat pelik pula anak aku dekat klinik tadi” – @addazaffali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok yang lain turut terhibur melihat telatah comel anak kecil itu.
“ Hahaha anak be like : Mak, eh bukan mak la” – @nazifaiskandar.
“Maaf sis, saya tergelak, faham sangat perasaan tu” – @mantipah.
“Dik, jangan tunjuk sangat adik tersilap orang..cover sikit dik” – @chic.lin_roseputeh.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang pernah terkena situasi yang sama
“Kes fareha di mana-mana. Saya pernah macam kena raya pertama 1 flat pakai baju warna sama tudung pun sama 3 orang. Sampai husband cakap boria ke” – @itsmefiina.
Video tersebut bagaimanapun telah berjaya meraih 163.8 Juta tontonan dan 587 komen.