“Sifar Covid-19”, New Zealand Rancang Buka Semula Sempadan! – Manis Madu
“Sifar Covid-19”, New Zealand Rancang Buka Semula Sempadan

“Sifar Covid-19”, New Zealand Rancang Buka Semula Sempadan!

Kejayaan besar buat sesebuah negara pada ketika ini adalah dengan mencapai jumlah sifar Covid-19.

 

Seperti yang kita sedia maklum bahawa ada beberapa buah negara yang sudah pun berjaya mencapai tahap sifar Covid-19 dan salah satunya adalah New Zealand.

 

New Zealand baru-baru ini merancang untuk membuka kembali sempadan ekonomi  memandangkan negara itu sudah mencapai tahap “sifar Covid-19”.

 

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memaklumkan bahawa pihak kerajaan akan mempercepatkan pemberian vaksin kepada semua warganya tahun ini dan memulakan pembukaan semula sempadan secara berperingkat pada awal tahun 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jacinda Ardern (@jacindaardern)

Menurut Jacinda, para pelancong dari negara berisiko rendah dan sudah divaksin juga akan dibenarkan masuk ke New Zealand tanpa perlu dikuarantin. 

 

New Zealand sangat mengutamakan kawalan sempadan yang ketat bagi mengatasi penyebaran wabak yang mengancam satu dunia ini, sama seperti ekonomi Asia Pasifik yang lain.

 

Setakat ini, New Zealand telah mencatat salah sebuah negara yang mempunyai kadar kematian paling rendah di dunia iaitu sebanyak 26 kematian ekoran wabak Covid-19 dan tiada kes varian Delta yang dilaporkan.

 

Menurut laporan South China Morning Post, pihak kerajaan juga akan memperuntukkan setengah tahun untuk melakukan percubaan pengasingan diri bagi warga New Zealand yang divaksin bagi memulakan perjalanan bebas tanpa dikuaratantin secara beransur.

Post a Comment