Sijil Nikah Rosak Akibat Banjir, Ada Cara Untuk ‘Selamatkan’! – Manis Madu
Sijil Nikah Rosak Akibat Banjir, Ada Cara Untuk ‘Selamatkan’!

Sijil Nikah Rosak Akibat Banjir, Ada Cara Untuk ‘Selamatkan’!

Bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri menyebabkan kemusnahan harta benda termasuk dokumen-dokumen penting yang tidak sempat diselamatkan.

 

Bagi yang sudah berkahwin, sijil nikah merupakan dokumen yang harus ada untuk kegunaan di masa hadapan. Kalau sijil nikah rosak akibat banjir, Maduners boleh memohon semula di pejabat agama.

 

Maduners boleh ikuti langkah-langkah di bawah.

@kamiada_Sijil nikah hilang boleh diganti, kasih yang hilang tak dapat diganti♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

  1. Maduners perlu isi borang permohonan di kaunter bahagian perkahwinan. Isikan segala butiran yang diperlukan dengan tepat.

 

  1. Selepas isi borang, Maduners perlu sertakan salinan kad pengenalan dan surat akuan sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam.

 

  1. Akhir sekali, serahkan dokumen yang sudah lengkap diisi bersama lampiran ke kaunter bahagian perkahwinan.

 

Permohonan sijil nikah baharu akan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja. Sijil nikah ini akan diberikan secara percuma kepada mangsa-mangsa banjir yang bernikah di Wilayah Persekutuan.

 

Bagi bakal pengantin yang menyertai kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan JAWI di Wilayah Persekutuan juga turut dibenarkan memohon sijil kursus secara percuma.

 

Sementara itu, mangsa banjir yang kehilangan kad pengenalan, pasport dan dokumen peribadi kendalian Kementerian Dalam Negeri juga akan diberikan dokumen ganti secara percuma.

 

Buat masa ini, mangsa banjir perlu fokus kepada kerja-kerja pembersihan terlebih dahulu.

 

Apabila semuanya selesai, anggota Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen akan dikerahkan untuk membantu mangsa-mangsa mendapatkan semula dokumen yang musnah ditelan banjir.

Post a Comment