Sinaran UV? Lindungi Kulit Dengan 5 Pilihan Sunblock Ini! – Manis Madu
Sinaran UV_ Lindungi Kulit Dengan 5 Pilihan Sunblock Ini

Sinaran UV? Lindungi Kulit Dengan 5 Pilihan Sunblock Ini!

Peraturan pertama dalam memastikan kulit dilindungi daripada sinaran UV adalah dengan memakai sunblock!

 

Rajinkanlah diri korang untuk memakai pelindung matahari sebelum keluar rumah jika mahukan kulit yang sentiasa cantik dan segar.

Kalau ikutkan cuaca di Malaysia yang panas ini memang wajib korang pakai sunblock, jadi semua wajib baca artikel ini! Jom!

1. Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50

Biore UV Perfect Protect Milk

Sumber Gambar: nurulshaida.blogspot.com

Sunblock pilihan pertama Madu, sebab produk ini walaupun berada pada harga mampu milik, kualiti masih tip top.

 

Sempurna untuk melindungi kulit daripada sinaran UV serta menutup cela seperti bintik hitam di kulit muka Maduners.

 

Antara sebab kenapa Madu suka produk ini kerana ianya waterproof yang mana sesuai untuk mereka yang kuat berpeluh.

 

Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 (25 ml)

Shopee Malaysia – RM12.85

Lazada Malaysia – RM18.00

Watsons Malaysia – RM15.30

2. Sunplay Ultra Shield SPF130 & PA++++

Sunplay Ultra Shield SPF130

Sumber Gambar: mentholatum.com.my

Sunblock ini sesuai untuk Maduners yang ada perancangan untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai atau secara umumnya melakukan aktiviti di luar untuk jangka masa yang panjang.

 

Disebabkan produk ini mempunyai kandungan SPF yang tinggi, ianya dapat melindungi kulit Maduners daripada sunburn akibat terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.

 

Sunplay Ultra Shield SPF130 & PA++++

Shopee Malaysia – RM34.90

Hermo Malaysia – RM30.36

3. Banana Boat Sun Ultra Protect Lotion SPF80

Banana-Boat-Ultra-Protect-Sunscreen-Lotion-SPF-80

Sumber Gambar: makeupandbeauty.com

Untuk kaum lelaki yang suka bersukan dan memiliki kulit normal, Madu cadangkan untuk guna produk ini.

 

Produk ini melindungi kulit daripada pancaran matahari yang akan memedihkan kulit kalau terdedah terlalu lalu kerana mengandungi Aloe Vera, Vitamin C dan E. Perfect!

 

Banana Boat Sun Ultra Protect Lotion SPF80 (90ml)

Lazada Malaysia – RM26.90

Shopee Malaysia – RM30.20

4. Nivea Sun Moisturising Lotion SPF50

Produk ini terbaik untuk Maduners yang tak sukakan produk sunblock yang melekit atau mempunyai tekstur yang terlalu cair.

 

Kelebihan yang ada pada produk ini ialah ianya mempunyai sistem anti-penuaan dan sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti air kerana ianya boleh bertahan selama 4 jam ketika di dalam air.

 

Nivea Sun Moisturising Lotion SPF50 (125ml)

Shopee Malaysia – RM35.20

Hermo Malaysia – RM33.92

5. Innisfree Perfect UV Protection Cream Long Lasting SPF50

Innisfree Perfect UV Protection Cream Long Lasting (Triple Care)

Sumber Gambar: hermo.my

Produk yang terakhir Madu cadangkan ini khas untuk Maduners yang mempunyai kondisi kulit berminyak.

 

Bila Maduners yang mempunyai kulit berminyak pakai produk ini, ianya akan membantu melindungi kulit anda sepenuhnya daripada sinaran UVA & UVB.

 

Plus point! Madu suka produk ini kerana ianya diperkaya dengan minyak bunga matahari dan Green Tea. Fantastic!

 

Innisfree Perfect UV Protection Cream Long Lasting SPF50+/PA+++ (50ml)

Shopee Malaysia – RM43.00

Lazada Malaysia – RM43.00

Post a Comment