Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua! Tahniah! – Manis Madu
Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua

Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua! Tahniah!

Penyanyi tersohor dan kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya berkongsi bahawa beliau sedang hamil empat bulan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Dah banyak desas-desus, teka-tekaan daripada orang ramai katanya nampak baby bump dan sebagai, hari ini Siti Nurhaliza sendiri dah berkongsi berita gembira tersebut!

 

“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya dalam pengumuman sebentar tadi ketika siaran langsung sidang media pelancaran Beausiti X Wonderlab yang diadakan secara atas talian sebentar tadi.

 

Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia itu berkata dia memilih tak memberitahu berita gembira ini lebih awal kerana belum sampai masa yang sesuai.

 

Siti juga telah memuat naik gambar beserta dengan kapsyen mengenai pengumuman kehamilan dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

 

Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

 

Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

 

Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

 

Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!”

 

Menurut maklumat daripada Astro Awani, Siti Nurhaliza berkata diberi kesempatan hamil anak kedua beliau terbuka untuk menerima kehadiran bayi lelaki atau perempuan.

 

Tahniah Madu ucapkan sekali lagi kepada Siti Nurhaliza dan seluruh keluarga, nampak Siti Aafiyah akan dapat adik!

 

Maduners jangan lupa juga jam 9 malam ini, muzik video terbaharu daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu lagu Kuasa Cintamu.

Post a Comment