SLS Bahan Dalam Produk Kosmetik, Bahaya Atau Tidak?

SLS Bahan Dalam Produk Kosmetik, Bahaya Atau Tidak?

Maduners yang nak kulit cantik dan sihat, sebelum beli apa-apa skincare, perkara pertama yang akan diteliti mestilah kandungan yang digunakan dalam skincare tersebut kan? Kalau salah pilih produk, boleh rosakkan kulit!

 

Madu yakin, Maduners yang suka menceburi industry kecantikan mesti familiar dengan SLS, tapi untuk Maduners yang lain mesti ramai yang samar-samar lagi mengenai SLS!

SLS singkatan untuk Sodium Lauryl Sulphate.

Sodium-Lauryl-Sulfate

Sumber Gambar: gettingmeback.co.za

Ia adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam bahan mandian, skincare, syampu dan lain-lain. Sodium Lauryl Sulphate (SLS) berfungsi untuk melepaskan molekul-molekul dalam kulit untuk memastikan proses pembersihan menjadi lebih efektif.

 

Jadi, boleh ke tak guna produk yang ada SLS ini?

Mitos 1: SLS Menyebabkan Iritasi

Iritasi

Sumber Gambar: www.allure.com

Fakta ini adalah salah ya! Kalau sesuatu produk pencuci itu tak ada kandungan SLS, pencuci muka tak akan berbuih. Untuk kurangkan geseran antara kulit dan produk dan buang minyak-minyak yang melekat pada kulit, sesuatu produk itu perlukan buih-buih yang terhasil daripada kandungan SLS.

 

Iritasi tak akan terjadi pun pada kulit sebab kita cuci muka tak terlalu lama kecuali Maduners cuci muka 3 jam! Lepas pakai pencuci muka kita terus bilas jerr. Iritasi akan terjadi kalau kulit muka sesorang itu teramat kering.

Mitos 2: SLS Menyebabkan Kanser?

Untuk mitos yang satu ini, masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana kajian atau penyelidikan yang mendakwa SLS boleh menyebabkan kanser. Ini kerana kadar SLS yang digunakan dalam produk pencuci muka hanya sedikit dan tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna. Haa! Tak baik sebar berita tak betul!

Mitos 3: Pilih Produk Label ‘SLS free’?

SLS-Free-Icon

Maduners selalu nampak atau dengar tak produk yang berlabel ‘SLS free’ atau ‘Paraben free’ yang kebanyakan penjual produk kecantikan canangkan?

 

Sebenarnya, penggunaan ‘SLS dan Paraben free’ ini hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran sahaja. Malah jika produk tersebut tak menggunakan SLS, mungkin ia diganti dengan bahan kimia lain yang lebih tidak selamat.

 

Madu harap Maduners tak salah faham dan pukul rata tentang SLS. Ia bukanlah bahan kimia jahat seperti yang diperkatakan. Nasihat Madu, kaji betul-betul sebelum percaya sesuatu fakta.

 

Sumber: Healthline.com

Sumber Featured Image: theconversation.com

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment