Snek Munchy’s Crackers Plus ‘Jalan Pintas’ Untuk Lebih Sihat! – Manis Madu
Snek Munchy’s Crackers Plus ‘Jalan Pintas’ Untuk Lebih Sihat! (2)

Snek Munchy’s Crackers Plus ‘Jalan Pintas’ Untuk Lebih Sihat!

Kesedaran mengenai penjagaan kesihatan diri semakin menjadi keutamaan warga Malaysia. Ramai yang mula sedar untuk menjalani gaya hidup lebih sihat seperti memilih makanan seimbang, melakukan aktiviti kecergasan dan lain-lain.

 

Namun, untuk merealisasikan kesedaran ini bukan semudah yang disangka. Nak sediakan makan sihat dan lazat memerlukan masa khusus lebih-lebih lagi jika jadual korang padat dengan pelbagai aktiviti.

 

Ini mungkin jalan pintas yang cepat tetapi untuk kesan jangka panjang, amalan pemakanan seperti ini jelas boleh menjejaskan kesihatan!

 

Munchy’s Crackers Plus adalah jawapannya! Snek yang dibuat dengan penuh kasih sayang bersama 10 jenis nutrien seperti vitamin (A, B1, C, B6), kalsium, zat besi, zink, asid folik, kuprum dan selenium untuk korang nikmati snek secara sihat dan pastinya memudahkan! Snek rangup yang lazat ini juga bebas kolestrol dan lemak trans.

MCP_frame 2 (1)

“Ramai warga Malaysia yang gemar makan, tetapi pengambilan makanan ringan yang tidak sihat secara kerap boleh membawa kepada masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, kami di Munchy’s, mahu menyokong kepentingan memilih snek yang lebih sihat, bukan sahaja memenuhi cita rasa anda, tetapi juga menyediakan mikro nutrien yang diperlukan oleh badan kita,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia, Rodney Wong.

MCP_frame 1 (1)

Munchy’s Crackers Plus boleh didapati dalam tiga perisa lazat: Original Berkalsium Tinggi, Biji Chia Berprotein Tinggi dan Bijirin Penuh Berserat Tinggi. Terdapat dalam dua saiz pek (3 pek: 300g, RM4.80 dan 7 pek: 700g, RM10.90). Biskut rangup ini boleh dibawa ke mana-mana dan boleh di makan pada bila-bila masa.

MCP_frame 5 (1)

Untuk pengetahuan, mulai 16 Jun hingga 6 Julai 2022, Munchy’s bekerjasama dengan perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride untuk menyebarkan kegembiraan Munchy’s Crackers Plus! 

 

Sebanyak 30 buah kereta Munchy’s X AirAsia Ride akan membuat perjalanan ke Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Penumpang bertuah yang menaiki Munchy’s boleh menikmati pek sampel Munchy’s Crackers Plus secara percuma tau! Pada masa yang sama, penumpang juga boleh mengimbas kod QR di dalam kenderaan untuk membeli biskut kegemaran melalui kedai rasmi Shopee Munchy. 

 

Untuk maklumat lanjut tentang Munchy’s Crackers Plus, Maduners boleh ikuti laman sosial Munchy’s di Facebook – Munchy’s  dan  Instagram – Munchy’s.

Post a Comment