Sofia Raniya, Murid Perempuan Hilang Ditemui Selamat – Manis Madu
Sofia Raniya, Murid Perempuan Hilang Ditemui Selamat

Sofia Raniya, Murid Perempuan Hilang Ditemui Selamat

Murid perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Midah 1, Cheras yang dilaporkan hilang pada petang hari ini sudah ditemui malam semalam selepas dipercayai tersalah menaiki van sekolah, lapor Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

Murid perempuan dikenali Sofia Raniya, 8, itu adalah anak ketiga daripada empat beradik.

 

Ibu kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ryana menerusi siaran langsung di Facebook mengesahkan anaknya kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

 

Dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

 

“Ada orang jumpa dia di Bandar Tun Razak dan kini ada di IPD Cheras,” katanya.

 

Dia sepatutnya mengambil anaknya pulang sekolah pada 5.50 petang tetapi terlewat disebabkan keadaan lalu lintas yang sesak menyebabkannya tiba pada 6.20 petang.

 

“Setiba saya di sekolah, anak saya sudah tiada di sekolah,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar ketika dihubungi, mengesahkan perkara tersebut.

 

Muhammad Idzam berkata, kanak-kanak itu ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras.

 

Ketika ini, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sedang mengambil keterangan ibu kanak-kanak itu,” katanya.

 

Ibu kanak-kanak berkenaan, Ryana Mohd Nor, 41, menafikan dakwaan bahawa anaknya tersilap menaiki van sehingga dilaporkan hilang, kerana mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan untuk ke sekolah.

 

“Setiap hari saya atau ahli keluarga yang lain akan menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, kami tidak menggunakan perkhidmatan van,” katanya.

 

Sebaliknya, Ryana mendedahkan anaknya memberitahu dia di minta oleh seorang lelaki untuk menaiki sebuah van, sebelum kemudian meninggalkannya lobi sebuah pangsapuri.

 

Ryana berkata, beliau menerima panggilan daripada pihak polis pada 9.30 malam tadi, memberitahu anak perempuannya ditemui dalam keadaan selamat.

 

“Saya difahamkan polis menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di pangsapuri berkenaan, melaporkan mengenai seorang kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri di lobi pangsapuri berkenaan,” katanya.

 

Beliau turut berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menghebohkan kehilangan anaknya itu, sehingga berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Post a Comment