Solo Traveler Wanita, 5 Destinasi Paling Selamat Untuk Dilawati!
Mesti kalau anda seorang wanita dan suka travel, benda pertama yang Maduners akan pertimbangkan mesti tentang keselamatan kan?
Sekarang jangan pening kepala sebab Madu nak senaraikan siap-siap tempat mana yang best untuk Maduners pergi tanpa perlu terlalu risau dengan keselamatan diri sendiri!
1.Iceland
View this post on Instagram
Kenapa Iceland? Sebab Iceland ini adalah negara yang paling selamat di dunia.
View this post on Instagram
Dekat sana, kalau Maduners nak beli barang dekat pasaraya dan anda bawa kereta, jangan pening-pening takut nak tinggal kereta di tempat letak kereta sebab dekat sana boleh saja tinggal kereta dalam keadaan enjin hidup sebab memang tak akan ada yang samun pun.
View this post on Instagram
Kepercayaan di antara penduduk Iceland sangat tinggi jadi sebab itulah Madu sarankan untuk solo traveller wanita lawati tempat ini!
2. Pulau Nusa, Indonesia
View this post on Instagram
Kalau anda inginkan keindahan Bali tanpa manusia yang terlalu ramai, Pulau Nusa Penida pilihan terbaik untuk Maduners, ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan Pulau Nusa yang cantik ini.Â
Terdiri daripada tiga pulau iaitu Nusa Lembongan, Nusa Penida, dan Nusa Ceningan.
View this post on Instagram
Kecantikan pantai tanpa orang/ pengunjung yang ramai bersesak-sesak? Pulau Nusa memang paling terbaik!
Dekat Pulau Nusa ini, Maduners boleh tinggal di rumah pokok sebenar dan air pantai paling biru yang boleh anda bayangkan. Ia adalah tempat yang indah untuk menghabiskan beberapa malam dan merasai pengalaman Bali yang the best!
Mengapa Pulau Nusa bagus untuk solo traveller wanita? Yang pertama sudah tentu sebab tak terlalu ramai orang yang tahu tentang kewujudan pulau-pulau ini.
Sebab kedua adalah ramai pasangan yang melancong di kawasan ini memilih Bali, jadi peluang untuk korang terserempak dengan pasangan yang sedang bercinta dan kemaruk cinta adalah tipis di Kepulauan Nusa! Sudah tentu kalau boleh nak elak dari terserempak mereka yang berpasangan sebab kita sedang solo travel! Takut sedih sebab single!
3. Maui, Hawaii
View this post on Instagram
Apa yang best tentang Maui ni adalah sebab bandar ni sangat berbeza dengan Amerika iaitu dipenuhi dengan hutan tropika dan alam semula jadi yang mesti korang love punyalah.
Maui biasanya tidak terlintas di fikiran apabila kebanyakan orang memikirkan perjalanan solo, tetapi dengan semua aktivitinya daripada meluncur dan mendaki ke menaiki bot dan snorkeling ia sebenarnya tempat yang bagus untuk mereka yang terbang mengembara secara solo.
Destinasi ini terbaik untuk pengembara wanita solo kerana di Maui ialah ia berasa seperti negara yang berbeza daripada Amerika, terutama sekali cuaca tropika dan budaya Hawaii. Loveeeee sangat!Â
Selain itu, di Maui, terdapat aktiviti tertumpu untuk wanita — seperti kem Maui Surfer Girls, direka khusus untuk pengembara wanita solo yang mencari kumpulan wanita sahaja untuk sama-sama yang untuk menyertai aktiviti sukan baru.Â
Ia satu pengalaman yang terbaik untuk belajar surfing!
Terdapat banyak destinasi lagi yang sesuai untuk Maduners sebagai wanita yang inginkan pengembaraan secara solo, hanya perlu buat sedikit kajian dulu sebelum mengembara untuk mencari destinasi terbaik untuk diri masing-masing! Jadi selamat mengembara!
View this post on Instagram