Starbucks Berdepan Saman RM314,550, Hanya Kerana Kopi Tumpah? – Manis Madu
Starbucks sign at Tempe, United States

Starbucks Berdepan Saman RM314,550, Hanya Kerana Kopi Tumpah?

Seorang wanita memfailkan saman ke atas syarikat minuman kopi tersohor, Starbucks kerana mendakwa tangannya melecur selepas pesanannya tumpah ketika diambil menerusi pembelian secara pandu lalu, lapor akhbar New York Post kelmarin.

 

Mary Simms dari Texas, Amerika Syarikat turut mendakwa dia menerima pesanan yang salah daripada kakitangan Starbucks di situ.

 

Seorang pekerja dilaporkan memberitahu Simms bahawa dia diberi minuman yang salah dan wanita itu memberhentikan keretanya untuk mengembalikan pesanan yang diambil.

white and green starbucks disposable

Namun begitu, ketika mahu memberikan semula kopi tersebut, penutup cawan terbuka dan kopi itu tumpah di atas riba Simms.

 

“Akibat tumpahan itu, Simms mengalami melecur tahap pertama dan kedua hingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan peribadi yang teruk,” demikian menurut tuntutan saman itu.

 

Simms dilaporkan menuntut saman kurang daripada AS$75,000 (RM314, 550) bagi keseluruhan kos kerugian yang ditanggung akibat insiden tersebut.

 

Seorang jurucakap Starbucks dilaporkan memberitahu portal Insider bahawa syarikat itu masih menyiasat tuntutan tersebut.

 

“Kami mengambil tanggungjawab untuk menyediakan persekitaran selamat buat semua pelanggan dengan serius dan memastikan minuman kami dibuat dengan berhati-hati serta dihantar kepada pelanggan dengan selamat,” kata jurucakap itu.

Post a Comment