Suami Terlupa Ada Isteri, Terpaksa Kahwin Sekali Lagi Selepas 12 Tahun – Manis Madu
Featured Image 1107

Suami Terlupa Ada Isteri, Terpaksa Kahwin Sekali Lagi Selepas 12 Tahun

Pasangan tersebut iaitu Peter Marshall, 56 dan Lisa, 54 melangsungkan perkahwinan di Connecticut pada 26 April lalu setelah menikah buat kali pertama pada 17 Ogos 2009.

 

Menurut Metro UK, mereka telah berkahwin selama 12 tahun namun pada awal 2018, Peter telah didiagnos dengan Alzheimer dan setelah itu ingatannya perlahan-lahan semakin menghilang.

 

Setelah bertahun menghidap penyakit tersebut, Disember lalu Peter tiba-tiba melamar Lisa di ruang tamu rumahnya ketika mereka sedang menonton televisyen.

 

“Saya tidak tahu siapa saya kepadanya sekarang, tapi saya tahu bahawa dia mencintai saya dan berasa selamat apabila bersama saya,” kata Lisa.

 

Lisa mengambil keputusan untuk sekali lagi melangsungkan perkahwinan dengan dibantu oleh anaknya iaitu Sarah Brehant yang merupakan seorang perunding perkahwinan.

 

Sarah yang sangat menyokong keputusan ibunya memberi dorongan kepada ibunya agar berkahwin sekali lagi.

 

“Saya tahu ayah tiri saya, seorang yang sangat rapat dengan saya sentiasa ada dengan saya ketika hidup saya susah”, ujar Sarah.

Post a Comment