Sugu Pavithra Tukar Kerjaya? Terima Pujian Netizen Kerana Tampil Persis Model – Manis Madu
Sugu Pavithra Tukar Kerjaya? Terima Pujian Netizen Kerana Tampil Persis Model

Sugu Pavithra Tukar Kerjaya? Terima Pujian Netizen Kerana Tampil Persis Model

Sekali lagi, nama Sugu Pavithra menjadi sebutan kerana dikatakan bukan sahaja hebat dalam masakan. Namun, penampilannya yang persis seorang model.

 

Terkedu Madu bila tengok Pavithra yang berada di luar bidangnya iaitu memasak dan beralih menjadi seorang yang fotogenik.

 

Ini menyebabkan sekali lagi namanya menjadi buah mulut di media sosial kerana transformasinya dimuat naik oleh seorang juru solek terkenal iaitu Razzi Musa.

 

View this post on Instagram

 

SUGU PAVITHRA Beautiful soul . #makeup by #razzimusa #styled by @holyblackrapunzel

A post shared by Razzi Musa (@razzimusa) on

Setelah gambar tersebut tular di media sosial, kebanyakan netizen memberikan respons yang positif dan memuji wajahnya yang anggun dan cantik setelah disolek.

 

Maduners jangan tak percaya, public figure tempatan dan juga antarabangsa seperti Yuna Zarai turut memuji hasil solekan yang dikenakan ke atas Pavithra.

 

Dalam pada itu, penata gaya @holyblackrapunzel yang menjadi ‘stylist’ Pavithra dalam sesi photoshoot terbabit menyatakan Pavithra mempunyai bakat untuk menjadi seorang model.

pavithra-modeling

Sumber Gambar: Instagram @holyblackrapunzel

Menurut laporan Malaysiakini, ketika menghubungi pihak majalah tersebut, mereka memilih Pavithra kerana dia telah mencorakkan ikon dalam perpaduan rakyat Malaysia.

 

Selain itu, pihak mereka ingin memberikan peluang yang berbeza dan ingin menghargai hasil usaha Sugu Pavithra yang menjadi simbol perpaduan semasa.

 

Selain itu, memberi peluang kepada Sugu Pavithra untuk merasai pengalaman menarik yang boleh Madu katakan once in life time opportunity untuk bergaya dan menjadi seorang yang fotogenik.

Sugu Pavithra_Youtube_20200625

Bila Madu semak semula akaun Youtube bersama Sugu Pavithra, Madu terkejut apabila kini mereka mempunyai hampir 735,000 pengikut di Youtube.

Fuhh, Madu nak ucapkan tahniah kepada Pavithra kerana telah menjadi ikon dan contoh kepada rakyat Malaysia yang berjaya membuktikan bahawa kita boleh duduk dalam satu negara walaupun berlainan agama dan bangsa.

S.Pavithra (left) and her husband M.Sugu were thrilled when Muhyiddin mentioned them during his Penjana speech which was broadcast nationwide last Friday

Sumber Gambar: Bernama

Ada yang inspired tak lepas tengok Pavithra jadi model? Jangan risau, confidence is the key to everything. Once you gain your confidence, everything will come out the way you want it to be.

 

Pandai betul Madu berbahasa Inggeris. Apapun Madu doakan semuanya yang terbaik dan Sugu Pavithra dapat kongsi serta hasilkan menu yang menarik untuk kita semua.

Post a Comment