Sugu Pavithra Terima Hadiah Istimewa Daripada PM – Manis Madu
Sugu Pavithra Terima Hadiah Istimewa Daripada PM

Sugu Pavithra Terima Hadiah Istimewa Daripada PM

Kian dikenali dengan video memasaknya di Youtube, Sugu Pavithra terima hadiah daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadiah daripada Perdana Menteri

Madu pun selalu tonton video masakan Pavithra di Youtube dan Madu setuju Sugu Pavithra ini sangat lemah lembut orangnya dan pandai memasak.

 

Meraih jumlah tontonan yang tinggi di Youtube membuktikan Sugu Pavithra berjaya menambat hati rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan kaum dengan video masakannya.

Hadiah daripada Perdana Menteri

Kini, Sugu Pavithra juga telah berjaya menarik perhatian Perdana Menteri yang telah menghadiahkan ketuhar, tripod, periuk nasi elektrik, gelombang mikro dan barangan masakan kepada keluarga Pavithra.

 

Beserta dengan hadiah di atas daripada Perdana Menteri, Sugu Pavithra juga menerima kad ucapan yang tertulis “Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home”.

Menerusi temu bual Pavithra bersama Harian Metro, dia berkata setelah menerima hadiah daripada Perdana Menteri, perkara yang dirinya boleh lakukan hanyalah menjemput Perdana Menteri ke rumahnya dan berharap agar dapat bertemu satu hari nanti.

 

Sugu Pavithra yang mula memuat naik video di Youtube pada 28 Januari 2020, kini sudah mempunyai hampir 563,000 subscribers.

Sugu Pavithra 563K Youtube subscribers

Post a Comment