Suka Pakai Contact Lens Tapi Tak Tahu Cara Pilih? Jangan Main Sergah Pilih Contact Lens – Manis Madu
Contact Lens

Suka Pakai Contact Lens Tapi Tak Tahu Cara Pilih? Jangan Main Sergah Pilih Contact Lens

Madu yakin wanita-wanita dekat luar sana mesti suka sangat pakai contact lens lagi-lagi masa nak bernikah atau sanding.

 

Tapi kadang-kadang rasa macam warna apa yang sesuai? Saiz macam mana yang sesuai?

Jangan risau sekarang Madu nak ajar Maduners cara pilih contact lens yang sesuai untuk mata korang. Jom!

1. Nikah/Tunang

Nikah

Sumber Gambar : pesonapengantin

Untuk hari istimewa Maduners ini, tolonglah jangan pakai warna yang menampakkan muka anda garang. Lagi-lagi kalau majlis nikah, guna warna yang soft saja  ataupun natural seperti coklat, ataupun warna olive.

 

Warna ini akan membuatkan wajah nampak lebih lagi ayu.

2. Sanding

Sanding

Sumber Gambar: pengantinbaru

Bagi majlis sanding ini baru boleh main dengan warna lens yang terang sikit!

 

Kenapa? Sebab biasanya waktu sanding ni solekan kita akan lebih tebal berbanding nikah atau tunang.

 

Jadi, untuk sesuaikan dengan makeup yang sedikit garang itu, kenakan contact lens yang terang supaya selari dengan makeup.

 

Contohnya macam warna light grey, light brown dan juga ocean blue.

3. Bergantung Saiz Mata

Saiz Mata

Untuk saiz mata ini, saiz yang normal adalah 14mm sahaja.

 

Jika anda gunakan lens yang saiz dia lebih dari 14.8mm, lens akan hasilkan kesan yang membuatkan mata anda nampak lebih besar dari biasa.

 

Jadi untuk kekal kelihatan semula jadi, cukup sekadar dengan saiz 14mm sahaja. Boleh kalau nak saiz besar tapi tengok gaya solekan, kalau solekan dolly-dolly itu boleh guna saiz besar.

4. Keselesaan Mata

Mata

Ini yang paling penting, nak cantik memang bagus tapi pastikan kita juga rasa selesa.

 

Untuk lens yang selesa, cari jenama lens yang ada kandungan air yang tinggi dan satu lagi bila beli pastikan jenis dia adalah softlens!

 

Softlens ini sangat lembut jadi bila pakai rasa macam tak pakai apa-apa pun! Jadi, pilihlah contact lens yang sesuai untuk majlis anda dan jangan amalkan beauty is pain untuk mata kita.

 

Mata ini nak guna lama jadi awas ya!

Post a Comment