Susah Hati Bawa Anak Jalan-Jalan? 6 Lokasi Mesra Kanak-Kanak Ini Memang Terbaik! – Manis Madu
Enam Lokasi Mesra Kanak-Kanak Ini Memang Terbaik

Susah Hati Bawa Anak Jalan-Jalan? 6 Lokasi Mesra Kanak-Kanak Ini Memang Terbaik!

Buat ibu bapa yang memiliki anak kecil, sedikit sebanyak pasti mengalami kesukaran untuk membawa anak-anak ke jalan-jalan. Kadang-kadang, bawa anak ke kedai makan pun kena jeling sebab kerenah anak-anak!

 

Hari ini Anis nak kongsi beberapa spot terbaik yang mesra kanak-kanak. Anak-anak boleh enjoy jadi diri mereka tanpa dianggap mengganggu.

1. Barbie Hotel, Grand Hyatt, Kuala Lumpur

Dengar nama tempat pun dah menarik kan! Di Hotel Grand Hyatt, mereka telah mengubah suai seluruh tingkat menjadi bilik bertema Barbie. Daripada “Barbie Room” kepada “Suite Barbie”, terdapat 14 bilik di seluruh tingkat dihiasi dengan rona merah jambu dan hiasan-hiasan seperti karikatur Barbie!

Terdapat tiga konsep berbeza yang sesuai dengan keseluruhan tema Barbie ini, iaitu:

 

“Barbie You Can Be Anything”

“Barbie Fantasy”

“Barbie EXTRA”

 

Bukan itu sahaja, di sana juga terdapat Kafe Barbie serta pakej “Barbie Pink Afternoon Tea”. Madu rasa, bukan setakat anak-anak jerr boleh enjoy di sini, para ibu pun akan sama teruja!

2. Farm in The City, Seri Kembangan

Untuk outdoor activities pula, Farm in The City, Seri Kembangan boleh dimasukkan dalam list mummies! Di sini, mereka memperkenalkan konsep baharu yang unik iaitu menggabungkan unsur hidupan liar dan alam semula jadi dalam persekitaran yang direka bentuk taman pemuliharaan.

Farm in The City (FITC) direka bentuk untuk menyerupai persekitaran perkampungan atau “kampung” biasa di Malaysia. Haa, sambil-sambil menikmati suasana kampung, ladang dan dusun buah-buahan, korang boleh ‘berinteraksi’ dengan haiwan kerana di FITC, mereka mementingkan pendidikan tentang aspek kehidupan ladang dan haiwan serta pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar.

Mesti comel anak-anak main dengan haiwan dan berkenalan dengan alam!

3. Kidzania, Mutiara Damansara

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KidZania Kuala Lumpur (@kidzaniakl)

Tempat ini memang sangat menarik untuk kanak-kanak! KidZania ialah bandar interaktif yang dibuat untuk kanak-kanak yang menggabungkan inspirasi, keseronokan dan pembelajaran melalui lakonan yang realistik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KidZania Kuala Lumpur (@kidzaniakl)

Untuk pengetahuan Maduners, di KidZania terdapat lebih 100 carrier yang boleh dicuba seperti menjadi doktor, juruterbang, chef, pereka dan banyak lagi! Excited ya tengok mereka boleh cuba teroka dan berlakon jadi banyak karekter. Comel jerr!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KidZania Kuala Lumpur (@kidzaniakl)

KidZania dibuka setiap hari Rabu hingga Isnin dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan ditutup pada hari Selasa. Tiket masuk bermula serendah RM38 hingga RM100.

4. Dinosaur Encounter Pusat Sains Negara, Bukit Damansara

Wahhh, dengarnya di Pusat Sains Negara ini mummies boleh bawa anak-anak rasai pengalaman berada di zaman dinosaur!

 

Dinosaur Encounter menawarkan tiga jenis pameran bintang pra sejarah itu terdiri daripada Prehistoric World, Resurrection Dinosaur dan juga Jurassic Jungle. Ketiga-tiga pameran ini menjanjikan pengalaman yang hebat buat semua pengunjung.

Tempat awesome ini terletak di Persiaran Bukit Kiara Bukit Damansara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Tiket dijual serendah RM5 hingga RM15 sahaja. Uish, berbaloi sangat!

5. Green Tomato Café, Ampang

Agak susah kan mencari tempat makan yang mesra kanak-kanak? Kalau begitu, Maduners kena cuba makan di Green Tomato Café! Kafe ini sangat sesuai buat keluarga yang ingin melakukan aktiviti bersama-sama.

Selain menikmati makanan, di sini juga terdapat aktiviti seperti bengkel melukis dan memasak batik! Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai lagi aktiviti seni dan kraf boleh dilakukan di kafe ini dan korang perlulah membuat tempahan atau janji temu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum berkunjung ke sana,

Kafe ini juga turut mendapat komen yang baik dari pelanggan yang rata-ratanya memuji hidangan, aktiviti serta konsep kafe ini yang sangat sesuai dengan kanak-kanak.

 

Haa, menarik tak tempat-tempat yang Madu kongsi? Lepas ini ibu bapa boleh jadikan artikel ini sebagai rujukan untuk bawa anak-anak berseronok!

Post a Comment