Susah Nak Masak Masakan Tradisional? Jom Ikut Tips Mudah Ini! – Manis Madu
Susah Nak Masak Masakan Tradisional? Jom Ikut Tips Mudah Ini!

Susah Nak Masak Masakan Tradisional? Jom Ikut Tips Mudah Ini!

Makan? Siapa sahaja yang tak suka makan. Tak kisah lah makanan moden ke makanan tradisional ke mesti ada favourite kita sendiri.

 

Okay kali ni Madu nak kongsi dengan Maduners semua beberapa tips yang Maduners semua boleh pakai masa masakan menu tradisional.

 

Jom kita tengok tips memudahkan kita untuk masak masakan tradisional.

1. Elak Rendang cepat basi

butterkicap-beef-rendang-

Sumber Gambar: butterkicap.com

Bagi mengelakkan rendang yang kita masak cepat basi. Antara tips yang Maduners boleh gunakan adalah dengan menggunakan bawang merah kecil ketika masak rendang.

 

Menggunakan bawang merah besar dalam persediaan rendang dikatakan mampu membuatkan rendang yang kita masak akan menjadi cepat basi.

2. Masak Nasi Lemak Tidak Lembik & Melekat

resepi-nasi-lemak

Sumber Gambar: siraplimau.com

All time Malaysian favorite iaitu nasi lemak. Tapi kalau silap langkah masak nasi lemak ini boleh jadi lembik dan terus hilang mood nak masak.

 

Macam mana cara supya bagi nasi tidak lembik dan tak melekat? Campurkan 2 sudu minyak masak dan secubit garam di dalam rice cooker apabila ingin mula masak nasi. Selepas dah masak, cuab perlu gaul manja dan biarkan selama 10 minit.

3. Masak Lemak Cili Api Asli Negeri Sembilan

Ayam Masak Lemak Cili Api

Sumber Gambar: Aziekitchen.com

Menu masak lemak cili api sangat sinonim dengan negeri Sembilan. Menu ini telah menjadi tradisi sejak berkurun lamanya, dan  diinovasikan dengan pelbagai rasa.

 

Namun, untuk dapatkan rasa asli masak lemak cili api, bahan bahan yang digunakan dalam masakan tersebut tidak seharusnya dikisar menggunakan pengisar. Sebaliknya menggunakan lesung batu bagi mengeluarkan perisa semulajadi.

4. Lembutkan Daging

sudu-cara-lembutkan-daging

Sumber Gambar: Siraplimau.com

Madu yakin dekat luar sana bukan semua Maduners mampu untuk memiliki pressure cooker di rumah. Tetapi dalam masa yang sama, kita nak pastikan daging yang kita masak menjadi lembut dan empuk.

 

Tipsnya adalah untuk letakkan sebatang sudu/garfu ke dalam periuk dan rebus sekali bersama daging. Logam besi sudu akan meningkatkan suhu dan mengalirkan pada protein yang kita masak.

5. Lembutkan Lempeng

lempeng

Sumber Gambar: Keluarga.my

Yang ini memang Madu sendiri tak pernah cuba nak letak dalam lempeng. Selalu tiga bahan saja kalau masak lempeng. Telur ayam, tepung gandum dan air suam. Dah siap adunan untuk lempeng.

 

Tapi bila Madu cari tips nak lembutkan lempeng, rupanya boleh letak sesudu nasi sejuk supaya dapat lembutkan lempeng itu sendiri. Wuishh tak pernah cuba lagi. Next time nak cubalah resepi ini.

Post a Comment