Sweetnya! Hadiah Bertemakan Warna Pink Yang Confirm Boleh Cairkan Hati Gegirls – Manis Madu
Hadiah Bertemakan Warna Pink

Sweetnya! Hadiah Bertemakan Warna Pink Yang Confirm Boleh Cairkan Hati Gegirls

Pening kepala nak cari hadiah untuk kawan-kawan perempuan atau girlfriend? Madu ada cadangan hadiah bertemakan warna pink yang pasti mereka suka!

Kenapa warna pink? Pink merupakan simbol kasih sayang tak terhingga dan cinta. Sudah semestinya idea hadiah Madu cadangkan yang paling romantik!

1. Sejambak Bunga Ros

Sebenarnya, kaum wanita takkan minta sejambak bunga daripada sesiapa pun, tapi dalam hati memang nak. Kalau tak percaya, cuba tengok reaksi mereka apabila dapat bunga, lagi-lagi bunga ros daripada orang yang tersayang!

2. Koleksi Berus Solekan

pink-brush-berus

Hadiah ini paling sesuai untuk girls yang memang hobi mereka make-up! Apabila dapat satu koleksi, barulah rasa aesthethic.

3. Kes Telefon

Sumber Gambar: itgirlclothing.com

Kes telefon ada macam-macam jenis, harga juga berpatutan. Kalau dapat yang warna pink lembut, hati pun automatik lembut.

4. Set Baju Tidur

Set Baju Tidur

Sumber Gambar: wheretoget.it

Set baju tidur antara hadiah yang paling comel sekali. Bayangkan kawan perempuan kita pakai baju tidur tersebut untuk tidur, mesti Maduners akan rasa dihargai.

5. Anting-anting

pink-earrings

Sama ada memakai tudung atau sebaliknya, anting-anting kini in-trend dalam daily looks! Kalau korang nak si dia tampil lebih anggun dan moden, anting-anting ialah hadiah one-of-a-kind.  Tambah-tambah kalau dapat beri yang custom-made!

Haa, dah banyak idea, kan? Selepas ini, sesi mencari hadiah confirm semudah A, B dan C! Gembira girlfriend uollss nanti!

Post a Comment