Syarikat Tuah Bersaudara Buka Foodbank, Bantuan Barang Basah Sekitar Shah Alam Bermula Esok – Manis Madu
Bantuan Barang Basah Sekitar Shah Alam Bermula Esok

Syarikat Tuah Bersaudara Buka Foodbank, Bantuan Barang Basah Sekitar Shah Alam Bermula Esok

Dalam keadaan pandemik ini pastinya ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan disebabkan tidak dapat keluar bekerja atau mungkin ada yang dibuang kerja. 

 

Atas dasar prihatin dan menyambut baik kempen bendera putih, Syarikat Tuah Bersaudara mengumumkan pembukaan foodbank-nya yang akan bermula pada Khamis, 1 Julai di sekitar Shah Alam.

Antara bantuan yang diberikan oleh syarikat ini ialah berbentuk barangan basah seperti ayam,ikan dan sayur-sayuran. 

 

Kepada sesiapa yang memerlukan bantuan boleh walk-in terus ke Syarikat Tuah Bersaudara, Jalan Pulau Lumut bagi mendapatkanya. 

 

“Kami akan letak di satu sudut untuk anda ambil dan bawa pulang. Semoga keluarga terutamanya anak-anak anda tidak tidur dalam keadaan lapar” – @syarikattuahbersaudara

Kepada orang ramai yang ingin turut bersama memberi sumbangan, anda boleh berbuat demikian untuk membantu dalam menambah barangan basah dengan menyalurkan ke bank akaun Maybank Tuah Berkat SDN BHD (564726684561)

 

Anda juga diminta untuk sebarkan maklumat ini agar mereka yang memerlukan bantuan mendapat info yang disampaikan.

 

Semoga usaha dan inisiatif yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan.

Post a Comment