Tabik Hormat! Berjuang Hingga Ke Keringat Terakhir, Perjuangan Wanita Untuk Merdeka Yang Tak Didendangkan
Perjuangan Wanita Untuk Merdeka Yang Tak Didendangkan

Tabik Hormat! Berjuang Hingga Ke Keringat Terakhir, Perjuangan Wanita Untuk Merdeka Yang Tak Didendangkan

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!

 

Kita kebiasaannya akan dengar cerita tokoh kemerdekaan yang mana berfokuskan kepada jantina lelaki. Namun, tidak lupa juga ada kaum wanita yang berjuang atas nama kebebasan.

1. Khatijah Sidek

khatijah-sidek

Sumber Gambar: babab.net

Digelar sebagai Puteri Kesateria Bangsa, wanita bernama Khatijah Sidek ini menyeberang Selat Melaka demi menyemarakkan perjuangan golongan ibu di Tanah Melayu.

 

Khatijah Sidek lantang menegakkan perjuangan wanita menjadi perintis kepada hampir 10 ribu wanita untuk memperjuangkan kemerdekaan.

2. Suriani Abdullah

Suriani_Abdullah

Sumber Gambar: www.orangperak.com

Kenal Chin Peng? Bapa Komunis Malaya. Kalau nak tahu mereka berdua merupakan sahabat baik. Bersekolah sama-sama dengan Chin Peng di Perak.

 

Diberi gelaran ‘Serikandi Anti-Jepun’ kerana perjuangannya menentang Jepun, Suriani juga pernah ditangkap dan diseksa oleh Jepun sewaktu umurnya hanya 21 tahun. Sangat tabah dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia.

 

Suriani seorang yang komited memperjuangkan hak buruh dan rakyat kelas bawahan yang sering menjadi mangsa tindasan.

3. Shamsiah Fakeh

Shamsiah_Fakeh

Sumber Gambar: www.malaysiakini.com

Shamsiah digelar Ratu Rimba Malaya kerana beliau meneruskan perjuangannya di dalam hutan setelah parti berhaluan kiri diharamkan oleh British pada 1948.

 

Namun, perkara yang lebih menyayat hati adalah apabila Alif mengetahui Shamsiah telah kehilangan anak-anaknya ketika sedang memperjuangkan kemerdekaan negara.

4. Aishah Ghani

Aishah-Ghani

Sumber Gambar: www.sejarah.my

Bermula sebagai wartawan untuk Parti Komunis Malaya dan kemudiannya mengetuai Angkatan Wanita Sedar (AWAS), wanita ini mengorak langkah lebih ke hadapan.

 

Pada tahun 1963, beliau menjadi senator wanita pertama dan juga wakil wanita yang pertama ke perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Walaupun telah bersara pada 1984, perjuangannya untuk wanita tidak pernah luntur. Beliau menjadi orang penting dalam pembentukan PERTIWI pada 1967.

Dalam Alif menceritakan kisah mereka, namun secara tidak sedar tidak semuanya didokumentasi dan dipertontonkan kepada orang ramai lebih-lebih lagi anak-anak muda pada zaman sekarang.

 

Walaupun mereka wirawati yang tidak didendangkan, kisah dan perjuangan mereka sentiasa berada dalam ingatan kita semua demi sebuah kemerdekaan. Selamat Hari Kebangsaan ke-63!

Post a Comment