Tahniah! Dr Noor Hisham Dianugerahkan Gelaran ‘Tan Sri’, Usaha Yang Akan Dikenang Selamanya – Manis Madu
Tahniah! Dr Noor Hisham Dianugerahkan Gelaran ‘Tan Sri’, Usaha Yang Akan Dikenang Selamanya

Tahniah! Dr Noor Hisham Dianugerahkan Gelaran ‘Tan Sri’, Usaha Yang Akan Dikenang Selamanya

Setelah bertungkus-lumus memimpin negara untuk menangani COVID-19, Dr Noor Hisham dianugerahkan ‘Tan Sri’ oleh Agong pada 17 Ogos 2020.

Menurut laporan daripada Astro Awani, Datuk Dr Noor Hisham selaku Ketua Pengarah Kesihatan merupakan antara individu yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Walaupun gelaran ‘Tan Sri’ dianugerahkan kepada beliau, Tan Sri Dr Noor Hisham menyatakan bahawa ia merupakan satu simbolik penghargaan untuk semua petugas barisan hadapan yang bekerja sehabis baik demi memulihkan negara.

Rata-rata warga Twitter termasuk Dr Amalina Bakri turut menyatakan anugerah yang diberikan setimpal dengan usaha Tan Sri Dr Noor Hisham selama ini.

Semua rakyat Malaysia juga berbangga atas kejayaan yang telah dicapai oleh Tan Sri Dr Noor Hisham!

Netizen di seluruh dunia turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dr Noor Hisham atas kejayaannya memimpin negara untuk memerangi COVID-19.

Terima kasih dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tan Sri Dr Noor Hisham,  jasamu untuk negara akan sentiasa dikenang. We love you, Tan Sri Dr Noor Hisham!

Post a Comment