Tahniah! Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua – Manis Madu
Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua

Tahniah! Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua

Penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor sekitar jam 6.21 pagi tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Pihak pengurusannya menerusi Instagram memaklumkan, bayi seberat 3.84kilogram itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan. Siti dan bayi juga berada dalam keadaan baik dan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Suami kepada ikon jelita itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K turut menzahirkan rasa syukur kerana isterinya telah selamat melahirkan anak kedua mereka.

 

“Paling penting ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan dengan lancar,” kata Khalid.

 

Sementara itu, Siti yang sebelum ini berjanji akan mendedahkan nama anak keduanya dengan pangkal huruf A itu selepas tujuh hari sama seperti yang dilakukan kepada anak sulungnya Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

 

Pasangan itu turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang bertanggungjawab memberi khidmat terbaik sepanjang proses kelahiran berkenaan.

 

Menurut Kosmo! mereka juga meluahkan tanda terima kasih kepada pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr Coline Lee Soon Soo kerana telah menjayakan program In Vitro Fertilization atau bayi tabung uji (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah serta anak keduanya.

 

Platun lagu 7 Nasihat itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk K pada 2006. Pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Post a Comment