Tahun Ke-10 Berpuasa, Soo Wincci Masih Semangat Walaupun Puasa 16 Jam! – Manis Madu
Soo Wincci Masih Semangat Walaupun Puasa 16 Jam

Tahun Ke-10 Berpuasa, Soo Wincci Masih Semangat Walaupun Puasa 16 Jam!

Setiap kali tiba bulan Ramadhan, kisah penyanyi dan pelakon Dr Soo Wincci yang mempraktikkan amalan berpuasa sentiasa menarik perhatian netizen.

 

Lebih mengagumkan, tahun ini merupakan tahun ke-10 selebriti berusia 36 tahun itu meneruskan amalan berpuasa dengan konsisten dan semangat!

 

Menerusi laman Instagram, figura seni ini memuat naik sekeping gambar swafoto sebelum bangun bersahur dan kelihatan bersemangat meskipun perlu menempuh waktu puasa lebih panjang kira-kira 16 jam di Sepanyol kerana menyambung pengajian dan bekerja sambilan di negara tersebut.

“Nanti saya kena bangun awal untuk bersahur. Tahun ke-10, here we go. Jom berpuasa,” tulisnya.

Menjengah ke posting berbeza, bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2008 itu turut berkongsi gambar sewaktu berbuka puasa dengan menu sederhana yang telah disediakan.

 

Menurut laporan portal Oh My Media, Soo Wincci mengakui puasa menjadikan dirinya lebih berdisiplin serta memperoleh banyak nikmat dari pelbagai segi dalam kehidupan seharian.

Post a Comment