Tak Ada Istilah Gemuk Atau Gelap, Wanita Kini Semakin Maju & Cantik – Manis Madu
Gemuk & Gelap

Tak Ada Istilah Gemuk Atau Gelap, Wanita Kini Semakin Maju & Cantik

Zaman sekarang kalau kita tengok ramai orang berebut-rebut nak kurus dan memiliki kulit yang cerah.

 

Ya! Memang betul berbadan kurus dan berkulit cerah adalah impian ramai wanita di Malaysia.

 

Tapi itu tidak sama sekali di negara luar. 

 

Meskipun di Malaysia ramai di kalangan kita inginkan kulit yang cerah dan kurus tidak bermakna netizen perlu menghina, mengutuk dan merendah-rendahkan orang yang berkulit gelap dan berbadan gemuk. 

 

Sebenarnya tak kisahlah anda kurus ke berbadan besar ke kulit cerah atau gelap sekalipun semuanya adalah cantik dan mempunyai kelebihan tersendiri!

 

Memang tidak dapat dinafikan semua orang menginginkan penampilan yang menarik. 

 

Kepercayaan diri yang kurang kadang-kadang buat Maduners rasa tidak berani untuk tampil yakin.

Tak-Ada-Istilah-Gemuk-Atau-Gelap01

Korang tahu tak ada beberapa negara yang menganggap orang yang memiliki badan yang besar dan berkulit gelap adalah yang paling cantik.

Tonga

Sebagai contoh negara Tonga yang merupakan negara kepulauan dengan sistem pemerintahan monarki yang berada di Samudra Pasifik Selatan.

 

Di negara Tonga, wanita yang lebih tinggi dan  berbadan gempal dengan kulit yang gelap dianggap cantik dan menarik. Manakala wanita yang tinggi dan pinggang besar dianggap tercantik.

 

Senang cerita semakin besar badan mereka semakin tinggilah tahap kecantikan mereka!

Kulit Cerah & Gelap

Tak-Ada-Istilah-Gemuk-Atau-Gelap02

Soal kulit gelap dan cerah pula sebenarnya bersifat universal

 

Tanyalah pada mereka yang dah semula jadi berkulit cerah pasti mahukan kulit yang sedikit gelap dan begitulah sebaliknya. 

 

Tapi dalam budaya masyarakat kalau kita tengok orang yang berkulit putih selalunya menjadi simbol kecantikan manakala yang berkulit gelap pula dianggap subjek jahat. 

 

Diskriminasi ini memang tidak dapat dielakkan.

 

Sebab itu timbul persoalan hina sangat ke orang berkulit gelap ini? 

 

Mengikut sains dan perubatan, kulit gelap sebenarnya dapat beradaptasi dengan cahaya matahari lebih baik jika dibandingkan dengan orang kulit cerah. 

 

Ia satu manfaat untuk korang yang berkulit gelap untuk terlindung dari sunburn dan berhadapan dengan situasi panas seperti di Malaysia ini.

Yakin Dengan Diri Sendiri!

Maduners perlu tahu, sebenarnya banyak cara yang korang boleh buat untuk tampil menarik meskipun memiliki badan yang besar dan kulit yang gelap.

 

Salah satu cara untuk tampil lebih menarik ialah dengan mengenakan sedikit makeup dan pakaian yang serasi dengan saiz badan. 

 

Apa nak dirisaukan? Zaman sekarang banyak rekaan baju untuk plus size, ikut trend lagi!

 

Kulit gelap dan saiz badan yang lebih besar di negara Malaysia sekarang pun sudah mula diterima ramai. 

 

Jadi, kepada semua wanita di luar sana yakinlah pada diri anda sendiri sebab anda tetap cantik. Just the way you are.

Post a Comment