“Tak Cool Okay!” Jangan Biasakan Terkena Jangkitan Covid-19, Hanya Yang Pernah Mengalami Tahu Rasanya! – Manis Madu
“Tak Cool Okay!” Jangan Biasakan Terkena Jangkitan Covid-19, Hanya Yang Pernah Mengalami Tahu Rasanya!

“Tak Cool Okay!” Jangan Biasakan Terkena Jangkitan Covid-19, Hanya Yang Pernah Mengalami Tahu Rasanya!

Boleh dikatakan di masa ini, sesiapa yang belum terkena jangkitan Covid-19 adalah ‘limited edition’ kerana rata-rata sudah dijangkiti virus jahat ini.

 

Menerusi akaun Irk Saf di laman Facebook, pengguna ini mengingatkan orang ramai untuk tidak membiasakan diri terkena jangkitan ini.

covid 19 (1)

Please don’t normalize getting Covid-19. It is not cool. Siapa yang pernah positif tahu berapa lama baru dapat pulih sepenuhnya,” tulisnya di Facebook.

 

Sehubungan dengan itu, meskipun negara kita sedang menuju fasa endemik namun harus diingatkan untuk terus menjaga keselamatan diri daripada terkena jangkitan ini.

 

Memakai penutup muka, kerap mencuci tangan, menjaga jarak fizikal adalah antara perkara yang perlu terus menjadi amalan walaupun berada di fasa endemik sekarang.

 

Meninjau ke ruangan komen, terdapat ramai warganet yang berkongsi pengalaman ketika dijangkiti Covid-19.

 

Meskipun ramai yang sembuh tetapi kesan daripada virus jahat itu ternyata mengambil masa agak lama untuk pulih.

Post a Comment