Tak Cukup Dengan Langgar, Samun Pula Mangsa & Sepupu – Manis Madu
Tak Cukup Dengan Langgar, Samun Pula Mangsa & Sepupu (1)

Tak Cukup Dengan Langgar, Samun Pula Mangsa & Sepupu

Menurut Berita Harian, susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika seorang lelaki bersama sepupunya sedang memandu ke Pelabuhan Klang.

 

“Suspek iaitu empat orang lelaki yang memandu Honda Civic terus keluar dari kereta dan memukul kedua-dua mangsa dengan menarik mangsa keluar dari kereta dan memecahkan cermin kereta mangsa.

“Selain itu, mangsa turut mendakwa suspek turut merampas telefon bimbit milik sepupunya”, ujarnya hari ini.

 

Pihak Shamsul Amar mengesahkan bahawa mereka menerima laporan mengenai kejadian terbabit setelah dua video klip berdurasi 0.24 saat tular di media sosial semalam.

 

Setelah menerima laporan tersebut, kesemua suspek yang berusia 23 hingga 35 tahun berjaya ditangkap di beberapa Kawasan sekitar Lembah Klang semalam.

 

“Hasil ujian awal saringan air kencing semalam kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut seksyen 392/427 Kanun Keseksaan”, katanya.

Post a Comment