Tak Cukup Hanya Didera, Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Siap Mendakwa Dihalau Dari Rumah Oleh Keluarga?
Kanak-kanak Perempuan Didera & Dihalau

Tak Cukup Hanya Didera, Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Siap Mendakwa Dihalau Dari Rumah Oleh Keluarga?

Seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui di sekitar jalan raya menuju ke sebuah pasar raya di Setia Alam, Shah Alam, menjadi viral apabila mendakwa dihalau oleh parents-nya sendiri.

Kanak-kanak dakwa didera diserah kembali kepada ibu bapa

Sumber Gambar: Harian Metro

Kanak-kanak perempuan yang berumur 9 tahun itu ditemui oleh sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kawasan berhampiran kira-kira pukul 3.30 petang sambil menunggang basikal sendirian dan membawa beg galas.

 

Mengikut perkongsian seorang lelaki di Instagram miliknya @faizbm bahawa kanak-kanak terbabit ditemui ketika dalam perjalanan menuju ke rumah neneknya di Batu Belah, Klang.

 

Ketika ditemui, kanak-kanak tersebut kelihatan sedang bersedih sebelum dibawa makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran.

 

“Kanak-kanak itu menyatakan kerap dimarahi dan didera oleh ibu bapanya sebelum nekad keluar daripada rumahnya di D’Kiara (Puchong).

 

“Lebih menyedihkan, ibu bapanya memberikan ‘keizinan’ dan menemankannya turun sehingga keluar bilik pengawal rumah berkenaan,” katanya.

 

Kata lelaki terbabit lagi, kanak-kanak perempuan itu juga didakwa dibiarkan bersendirian mengayuh basikal.

 

“Ibu bapa dia sempat berpesan sekiranya dirogol agar tidak menyalahkan mereka.

 

“Malah, ibu bapa kanak-kanak itu didakwa hanya akan membuat laporan polis sekiranya kehilangan anak,” katanya.

 

Polis menyatakan tiada kesan dera pada badan seorang kanak-kanak perempuan kononnya dilakukan oleh ibu bapanya sebelum dihalau seperti yang tular dalam media sosial.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ramsay Anak Embol berkata kanak-kanak perempuan tempatan berumur 9 tahun itu ditemui orang awam di sekitar Taipan Setia Alam sekitar 4 petang Sabtu dan telah diserahkan kepada ibu bapanya sekitar 6.45 petang, hari sama.

Sumber: Kosmo, Harian Metro

Post a Comment