Tak Dapat Masuk Kelas Online, Gadis ‘Mental Koyak’ Menangis Tepi Jalan – Manis Madu
Tak Dapat Masuk Kelas Online, Gadis ‘Mental Koyak’ Menangis Tepi Jalan

Tak Dapat Masuk Kelas Online, Gadis ‘Mental Koyak’ Menangis Tepi Jalan

Isu capaian internet dan sesi pembelajaran dalam talian nampaknya masih berterusan dan masih ada pelajar yang bergelut untuk mendapat akses internet yang baik.

 

Satu perkongsian di laman TikTok menerusi akaun @nisa_rinaa, memaparkan gadis itu menghadapi kesukaran apabila pencawang elektrik di kawasan rumahnya terbakar.

@nisa_rinaaMenghabiskan degree di tepi jalan dan di dalam hutan.

♬ original sound – Bomoh Ring Light

Perkara itu membuatkan dia perlu keluar agak jauh dari kawasan rumah untuk mendapat akses internet bagi menjalankan kelas dalam talian.

 

“Ingatkan dapat la masuk kelas dengan line 3 bar tapi nampaknya tak. Berpuluh kali aku try untuk masuk pun tak dapat juga,” katanya.

 

Rentetan itu, dia awalnya mula mengemas barang-barang kerana sudah putus asa tidak dapat mengikuti kelas namun dia mengakui sedikit ‘metal koyak’ dengan situasi tersebut.

 

Gadis itu juga dilihat menangis kerana merasa hampa setelah mencuba berkali-kali menggunakan telefon dan juga laptopnya.

 

Namun, pada akhirnya dia gembira kerana berjaya juga mengikuti kelas menerusi telefonnya. Yeay, happy ending!

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada gadis itu dan berkata semua usahanya akan berbalas.

 

“Kak, saya percaya akak akan jadi lebih berjaya dunia akhirat. Saya doakan supaya dipermudahkan segala urusan akak,” komen seorang netizen.

 

Good job dik! Your efforts mahal dik,” kata seorang lagi netizen.

Betul, efforts itu yang mahal! Semoga usaha korang semua yang tengah struggle dibalas dengan kejayaan di masa akan datang.

Post a Comment