Tak Function Langsung! Doktor Kongsi Minum Air Suam Sebenarnya Tak Berfungsi Hilangkan Pedas – Manis Madu
Tak Function Langsung! Doktor Kongsi Minum Air Suam Sebenarnya Tak Berfungsi Hilangkan Pedas

Tak Function Langsung! Doktor Kongsi Minum Air Suam Sebenarnya Tak Berfungsi Hilangkan Pedas

Bagi pencinta makanan pedas, selama ini kita sudah dibiasakan dengan kenyataan jika nak hilangkan rasa pedas, perlu minum air suam atau air panas kerana jika minum air sejuk nanti akan bertambah rasa pedas! Betul tak?

Namun, ternyata kenyataan tersebut salah dan tidak berkesan sama sekali!

 

Untuk pengetahuan Maduners, baru-baru ini seorang doktor melalui perkongsiannya di laman TikTok ada berkongsi mengenai cara yang betul untuk menghilangkan rasa pedas.

 

Menurut Dr Syid Ayob Al Qudr, beliau berkata bukan sahaja air sejuk tidak boleh menghilangkan rasa pedas, air suam pun sebenarnya sama. Tak function langsung!

Menurut doktor tersebut, cili mempunyai capsaicin iaitu sejenis bahan yang akan merangsang reseptor sakit pada mulut yang amat sensitif dengan haba.

 

Meskipun begitu, capsaicin ini sebenarnya tidak menghasilkan haba tetapi apa yang membuatkan kita berasa panas membara di mulut ketika memakannya adalah kerana otak akan tertipu kerana berfikir mulut dalam bahaya.

 

“Samalah juga bila kita kena api, kulit rasa panas kemudian reaksi kita akan alihkan tangan. Otak dah bagi isyarat untuk berhenti makan tapi kita masih makan.

 

“Capsaicin ini sikapnya non-polar, kalau larutkan cecair yang non-polar, kena cari geng non-polar juga. Air kosong ini jenis polar, tak boleh geng, sebab tu, bila anda kepedasan minum air sejuk ke, air panas ke, dia tak jalan,” ujar Dr Syid.

 

Tambah beliau, air kosong bukan sahaja tidak berfungsi untuk menghilangkan rasa pedas malah akan membuatkan capsaicin makin tersebar ke seluruh mulut tidak kira samada suhu air itu sejuk atau panas.

 

Maka, cara yang paling sesuai untuk melegakan pedas adalah mencari cecair yang bersifat sama dengan capsaicin iaitu sesuatu yang non-polar.

 

“Contoh terbaik adalah susu atau bahan tenusu, yang mana ia akan larutkan terus capsaicin tadi tu. Sebab tu banyak negara Asia yang biasanya makan pedas atau berempah ini, dessert dia mesti berasaskan susu,”

Namun jika seseorang itu tidak boleh minum susu (lactose intolerance), pilih minuman yang berasid seperti jus oren, jus epal, lemon atau tomato.

Post a Comment