Tak Guna Simpan Rambut Panjang Kalau Asyik Gugur Je! Ini 5 Bahan Organik yang Dapat Bantu Masalah Rambut
Maduners mesti ada yang menghadapi masalah rambut tak kiralah rambut gugur, rambut rosak lagi-lagi masalah kelemumur! Tertekan bila hari-hari hadap masalah yang sama.
Worry not! Untuk Maduners, hari ini Madu kongsikan 5 bahan organik yang dapat bantu selesaikan masalah rambut!
#1 Minyak Amla/ Indian Gooseberry
Sumber Gambar: Pantau
Minyak Amla ini antara bahan semulajadi yang sangat baik untuk mengatasi masalah rambut dan digunakan secara meluas di India! Antara kelebihannya, ia dapat membantu melebatkan rambut, menjadikan rambut bersinar, membantu rambut untuk tumbuh dan elakkan rambut gugur.
Cuba Maduners tengok rambut selebriti Hollywood, cantik, lebat dan sihat kan, bukti yang minyak amla sangat berkesan!
#2 Inai
Sumber Gambar: inaidamia.com
Jangan ingat inai hanya boleh pakai di tangan dan kaki je. Inai sebenarnya bahan organik yang sangatlah bagus untuk kesihatan rambut kita.
Mudah saja kalau Maduners nak amalkan penggunaan inai di rambut, boleh kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan lakukan sedikit urutan di bahagian kulit kepala.
Kemudian balut kepada dengan shower cap selama beberapa jam dan bilas dengan air sehingga bersih. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut.
#3 Cuka Epal
Madu yakin, ramai Maduners kurang tahu yang cuka epal sebenarnya boleh bantu rawat masalah rambut. Haa, cuka epal sangat bagus untuk masalah kelemumur dan menguatkan helaian rambut.
Rambut korang tak mudah putus! Dalam erti kata lain, cuka epal ini, natural hair tonic untuk merawat masalah rambut korang. Selain daripada itu, ia juga boleh jadikan rambut Maduners bersinar, shiny githeww.
#4 Minyak Kelapa
Petua ini sangat terkenal rasanya dan Maduners mesti ada yang dah pernah cuba kan? Minyak kelapa sangat bagus untuk melebatkan rambut.
Sumber Gambar: brightside.me
Nak amalkan tips gunakan minyak kelapa mudah jerr. Buat sendiri dekat rumah pun boleh!
Caranya, korang panaskan minyak kelapa, ambil dan urut pada kawasan kepala dengan teknik membulat. Urut itu kalau boleh perlahan-lahan dan jangan beri tekanan yang kuat pada kulit kepala.
Kemudian balut kepala dengan tuala dan tunggu beberapa jam. Akhir sekali, bilas dengan syampu dan air bersih. Nak dapatkan kesan yang lebih cepat, kena selalu amalkan tips ini.
#5 Daun Bunga Raya
Sekali lagi, Madu kongsikan yang bunga raya juga bagus untuk atasi masalah rambut. Daun bunga raya dapat bantu cegah masalah rambut gugur.
Bukan rambut gugur jerr, daun bunga raya ini  juga boleh hilangkan kelemumur dan menyejukkan kulit kepala Maduners.
Lima bahan yang Madu share, semua senang jerr nak dapat. Kalau Maduners konsisten amalkan, mesti rambut korang flawless boleh kibas-kibas lagi!
Selamat mencuba!