Tak Hadir Kelas Online Sebab Urus Kambing, Pensyarah Siap Minta Selfie Dengan Kambing – Manis Madu
Tak Hadir Kelas Online Sebab Urus Kambing, Pensyarah Siap Minta Selfie Dengan Kambing

Tak Hadir Kelas Online Sebab Urus Kambing, Pensyarah Siap Minta Selfie Dengan Kambing

Open Distance Learning atau lebih sinonim dengan ODL merupakan salah satu norma baharu yang perlu dihadapi oleh semua pelajar, guru dan pensyarah. Tidak kiralah dari menengah rendah mahupun pelajar Universiti.

 

Kalau kita dapat lihat pelbagai kerenah dan ragam yang timbul sepanjang ODL ini dijalankan. 

 

Antara salah satu kerenah yang berjaya mencuri tumpuan ramai apabila salah seorang mahasiswa memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir ke kelas online kerana sibuk menguruskan kambing.

 

Video yang dimuat naik oleh rakan sekelasnya di laman TikTok @cahhhhhhh_6  itu telah mendapat tontonan sebanyak 496.8 juta.

@cahhhhhhh_6korang pernah tak lecture korang mintak bukti kenapa tak tick attandence🤣🤣 Agak ii kisah ni masuk fyp tak🙊😂#studentlife #odl #uitm #kambing♬ Oh No, Oh No, Oh No No No Song – Tik tok & Tendencias & Challenge

Menerusi video tersebut, kisahnya bermula apabila pensyarah meminta pelajar yang tidak hadir ke kelas untuk memberikan sebab dan alasan.

 

Namun, salah seorang darinya telah memberi alasan tidak dapat hadir ke kelas online kerana menguruskan kambing yang baru sahaja melahirkan.

 

Melihat  alasan itu, pensyarahnya agak musykil dan meminta pelajar berkenaan menghantarkan bukti dan selfie bersama kambing-kambingnya.

 

Apa yang lebih mencuri perhatian lagi apabila mahasiswa itu dengan jujurnya memberi gambar serta selfie bersama anak kambing yang dimaksudkan.

 

Video lucu yang dikongsikan itu juga telah mendapat ribuan komen serta reaksi dari netizen atas kejujuran mahasiswa berkenaan.

 

“Sangat jujur bagus sekali, dekan insyallah..amin” – @miss_qnabila23

 

“ Uitm dihatiku.. bukti tu penting kalau tak abis lagi drop markah assignment” – @hilmeyzack

 

“ Lecturer dia punya insecure sampai minta selfie dengan kambing” – @sma48_

Post a Comment