Tak Kelakar, Influencer Bakal Berdepan Tindakan! Video Prank Pelitup Muka Tular
Situasi pandemik Covid-19 yang masih belum reda menjentik emosi dan mental orang ramai. Di masa-masa ini, isu yang kecil boleh jadi besar kerana situasi semakin tegang dan sensitif!
Baru-baru ini, seorang YouTuber terkenal dan seorang influencer mencetuskan kemarahan orang ramai setelah melakukan prank pelitup muka di Indonesia, lapor Daily Star.
Mereka melakukan prank dengan melukis muka untuk kelihatan seperti memakai pelitup muka sebelum berjalan di sekitar sebuah pasar raya.
View this post on Instagram
Susulan itu, mereka berdua telah tampil memohon maaf namun tindakan berkenaan telah menyebabkan passport kedua-dua mereka dirampas.
Josh Paler Lin, yang mempunyai lebih tiga juta langganan di platform YouTube dan lebih 300,000 pengikut di laman Instagram, melakukan prank itu bersama influencer warga Rusia, Lisha di Indonesia, awal bulan ini.
View this post on Instagram
Seperti kebanyakan negara, tindakan itu juga menyalahi undang-undang di Indonesia apabila berjalan memasuki premis tanpa memakai pelitup muka.
Ketua Polis Bali memberitahu akan mengeluarkan surat cadangan supaya imigresen mengusir keluar pasangan itu.
“Mereka bukan saja melanggar undang-undang, tetapi sengaja melakukan provokasi di khalayak ramai, jadi adalah wajar untuk menjatuhkan hukuman lebih berat, bukan hanya denda tetapi juga pengusiran,” katanya.