Tak Menang Tangan, Terima 300 Jenazah Covid-19 Sejak Awal Pandemik – Manis Madu
Tak Menang Tangan, Terima 300 Jenazah Covid-19 Sejak Awal Pandemik

Tak Menang Tangan, Terima 300 Jenazah Covid-19 Sejak Awal Pandemik

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak lari dari berita kematian yang berlaku setiap hari dan pastinya ada sahaja peningkatan jumlah kematian yang disebabkan oleh Pandemik Covid-19.

 

Ekoran itu, menurut laporan Kosmo, pasukan penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) Kuala Lumpur, Taman Selaseh bagaimanapun mengakui tidak menang tangan kerana kes yang berlaku sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.

 

Seorang petugas di tanah perkuburan berkenaan iaitu Roslee Ali, 63 menyatakan bahawa tanah perkuburan tidak boleh digali awal kerana bimbang akan menyebabkan takungan air sekiranya berlaku hujan yang lebat. 

 

Menurut Roslee, lot kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah bagaimanapun  sudah digali separuh dan selebihnya akan digali selepas dimaklumkan jenazah akan tiba.

 

Masa yang diperlukan untuk menggali satu liang lahad adalah kira-kira 30 minit.

 

Tambah Roslee lagi, kerja-kerja menggali memberi sedikit cabaran kepada dia dan ahli penggali yang lain kerana kawasan perkuburan itu dikatakan kawasan bekas lombong dan disebabkan itu tanahnya agak keras dan berbatu.

 

Setakat ini dia telah menurunkan lebih 300 jenazah pesakit Covid-19  ke dalam liang lahad sejak awal pandemik yang melanda negara bermula tahun lalu. 

 

Sebagai penggali kubur yang sudah berpengalaman 10 tahun, dia  memberitahu bahawa mata cangkul perlu ditukar setiap dua atau tiga bulan sekali bagi mengelakkan mata cangkul menjadi pendek jika digunakan untuk tempoh yang lama.

 

Sumber Gambar: Kosmo

Post a Comment