Tak Mustahil Untuk Travel Secara Berjimat, Jom Ke Melaka! – Manis Madu
Tak Mustahil Untuk Travel Secara Berjimat, Jom Ke Melaka!

Tak Mustahil Untuk Travel Secara Berjimat, Jom Ke Melaka!

Suka travel tapi dalam masa yang sama nak berjimat? Jom kita tengok tempat-tempat menarik di Melaka.

Mesti ramai yang nak jadikan hujung minggu lebih produktif, kan? Yaya nak share tarikan popular untuk Maduners travel secara santai sahaja di Melaka.

Makan

1. Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Hjh. Rahmah

Bila sampai Melaka sahaja, mesti cari kuih keria. Kalau bagi Yaya, Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Hjh. Rahmah ini memang paling favorite! Sanggup beratur panjang, semata-mata nak rasa kuih keria delicioussssss ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yeoh Kok Tat (@yeohkoktat) on

10 biji kuih keria baru RM6. Mana nak dapat harga murah macam ini.

2. Coconut Shake Batu Berendam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Coconut Shake Batu Berendam (@coconutshakebatuberendam) on

Coconut Shake Batu Berendam pun best! Yaya suka sebab servis sangat laju. Boleh tengok pekerja dia ramai, blender nak buat air pun banyak. Tak perlu tunggu lama-lama nak enjoy coconut shake.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Coconut Shake Batu Berendam (@coconutshakebatuberendam) on

Kalau tengok harga pula, Coconut Shake Double Special RM4.70 sahaja. Murahkan?

OOTD!

1. Kota A Famosa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yaya (@fatehamokhtar) on

Dah sampai Melaka, kenalah singgah Kota A Famosa, kan? Haa, kalau nak OOTD dengan background yang menarik, bolehlah datang ke Kota A Famosa. Tak perlu bayar apa-apa pun, free saja.

2. Encore Melaka

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mellanie 🐹 (@mellanie.yew) on

Ramai yang tidak tahu Encore Melaka ini pun tempat memang cun untuk OOTD!

 

Bergaya punya bergaya macam-macam style, korang boleh dapat banyak gambar ala-ala aesthethic di sini.

Santai

1. Pantai Klebang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZH (@zuhairahamdi) on

Masa pertama kali Yaya sampai Pantai Klebang, suasana sangat tenang. Ada yang tengah picnic, OOTD, angin pun bersepoi sahaja. Sesuai untuk nak tenangkan minda pada waktu petang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J I H A H J A I N I S (@j.jainis) on

Of course, memang banyak lagi tempat yang boleh Maduners pergi di Melaka dengan bajet yang minimum. Tapi, yang Yaya cadangkan ini semua tempat korang perlu keluarkan wang yang sedikit ataupun tak perlu langsung terus, free of charge! Kalau ada peluang, jomlah ke Melaka!

Post a Comment