Tak Pasal-Pasal Jadi Bidan Terjun, Wanita Serba Salah Terbeli Ikan Pari Bunting!
Pernah tak Maduners ada pengalaman terbeli ikan yang sedang bunting? Baru nak mula memasak, terus rasa serba salah dibuatnya.
Begitu juga yang terjadi kepada seorang wanita dikenali sebagai Juliana Aziz yang memuat naik satu video menceritakan dirinya tersalah beli ikan untuk memasak menerusi hantaran di TikTok.
Juliana berkata dalam video berkenaan, dia terbeli seekor ikan pari dan mendapati ikan tersebut bunting gara-gara menemui anak ikan pari yang dilihat hampir keluar dari perut ibunya.
@julianaaziz89Tak pasal2 sis jadi bidan hari ni, terbeli ikan pari bunting 🫣🫣🫣😩 rasa tak sampai hati pulak nak buat jadi lauk asam pedas
“Wei, terbeli ikan pari bunting. Kesian kat dia, dia nak beranak. Tu, keluar anak. Aku rasa serba salah nak masak wei, ada anak dia dalam ni,” ujar wanita itu.
Wanita itu juga dilihat berusaha mengeluarkan anak ikan pari itu dari dalam perutnya dengan cara menarik ekor dan menekan-nekan perut ibunya.
“Tak pasal-pasal sis jadi bidan hari ni, terbeli ikan pari bunting. Rasa tak sampai hati pulak nak buat jadi lauk asam pedas,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, perkongsian berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Kebanyakannya terhibur dan tidak kurang juga yang merasa kasihan dengan nasib ikan tersebut.
“Kesiannya. Dah tu akak masak juga ke?”
“Lepaskan la balik kak, sedih laa…”
“Hati-hati kak, malam ni dia cari akak,”
“Kan dah jadi bidan terjun kak,”
Aduh, rasa kesian tapi dalam masa yang sama lawak pun ada. Kalau korang, jadi masak ke tidak?