Tak Perlu Bawa Dompet, Salun Tawar Perkhidmatan Kuku Pintar – Manis Madu
Tak Perlu Bawa Dompet, Salun Tawar Perkhidmatan Kuku Pintar

Tak Perlu Bawa Dompet, Salun Tawar Perkhidmatan Kuku Pintar

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, pelbagai cara dan kaedah yang lebih canggih boleh digunakan untuk kemudahan.

 

Sebuah salun kecantikan di Dubai baru-baru ini dikatakan menawar perkhidmatan kuku mikrocip yang membolehkan kad perniagaan diletak pada kuku pelanggan.

perkhidmatan kuku mikrocip yang membolehkan kad perniagaan diletak pada kuku pelanggan

Menurut laporan Oddity Central, perkhidmatan baharu kuku mikrocip itu ditawarkan dengan harga RM 293.

 

Jika sebelum ini ada laporan mengenai kaedah memasukkan cip Komunikasi Medan Dekat (NFC) di bawah kulit bagi membolehkan ia berinteraksi dengan kulit, kini salun ini tampil dengan teknik yang baru.

 

Salun di bandar raya ini tampil dengan teknik yang lebih mudah dan cepat dengan memasukkan data di dalam cip berkenaan termasuk maklumat akaun media sosial, laman web dan nombor telefon untuk mendapatkan fungsi yang sama seperti sebelum ini.

 

Salun kecantikan yang dikenali sebagai Lanour Beauty Lounge ini menggunakan cip tersebut untuk diletakkan di atas kuku jari tangan  sebelum disapu lapisan khas sebagai perlindungan.

 

Mikrocip berkenaan menggunakan fungsi teknologi liputan tanpa wayar dimana ia adalah terhad untuk menjadikan telefon pintar, tablet, kad bank dan peranti lain lebih bijak.

 

Nour Makarem yang juga Ketua Pegawai Eksekutif di salun itu mengakui penemuan baru mengenai cip kecil yang diletakkan pada kuku ini adalah sesuatu yang mencabar. 

 

Walau bagaimanapun, data yang mampu disimpan di dalam cip berkenaan adalah kecil dan mereka kini dalam usaha meningkatkan tahap keupayaan simpanan data tersebut.

 

Beliau berharap teknologi baharu ini akan menjadi pelopor kepada ‘kuku pintar’ yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran bil.

 

“Kami akan memasukkan maklumat yang anda mahu seperti nama, nombor telefon, akaun media sosial dan laman web.

 

“Anda mungkin selalu terlupa untuk membawa kad perniagaan bersama namun sudah pasti tidak akan ‘terlupa’ untuk membawa kuku” 

 

Kaedah terbaharu ini terus mendapat sambutan daripada orang ramai selepas ia diperkenalkan menerusi instagram salun berkenaan.

 

Pelanggan dari luar negara juga menunjukkan minat untuk mendapatkan perkhidmatan trend terbaharu itu.

Sumber Gambar: Oddity Central

Post a Comment