Tak Perlu Jauh Sampai Oversea, Honeymoon Norma Baharu Dalam Malaysia Pun Dah Berbaloi. – Manis Madu

Tak Perlu Jauh Sampai Oversea, Honeymoon Norma Baharu Dalam Malaysia Pun Dah Berbaloi.

Tahniah Madu ucapkan kepada mereka yang baru mendirikan mahligai bahagia bersama pasangan masing-masing.

 

Musim pandemik ini sebenarnya banyak pilihan yang ada untuk mereka yang nak berbulan madu secara domestik.

Tapi kita kenalah patuh dengan arahan daripada kerajaan dengan ikuti saranan yang diberikan termasuklah penjarakan fizikal.

 

Okay jom ikut Madu kita explore 5 lokasi honeymoon terbaik untuk pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.

1. Bidaisari Resort, Janda Baik

Kepada pasangan yang tak suka travel jauh-jauh, tapi suka honeymoon suasana kampung boleh berkunjung Bidaisari Resort

Perjalanan hanya memakan masa 2 jam daripada Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain daripada menunggang kuda, pasangan boleh lakukan aktiviti kampung bersama sambil menikmati pemandangan bukit bukau yang menghijau.

2. Hillside Cottage, Cameron Highland

Juga menjadi tarikan di negeri Pahang, pengalaman menginap di lereng bukit memberikan kelainan kepada pasangan yang bercuti di sini.

Senibina berkonsepkan kampung dan kayu serta tumbuhan yang menghijau sangat sesuai kepada pasangan yang memang kaki nature.

Selain berdekatan dengan Pekan Tanah Rata, ladang strawberi dan ladang teh antara lokasi yang boleh dikunjungi oleh pasangan.

Chupppp..!! Sebelum Maduners sambung baca, apa kata kita layan video terbaru daripada Manis Madu. Dengar cerita Elli dan Yaya sembang pasal pelancongan domestik.

3. Coral View Island Resort, Pulau Perhentian

Siapa saja yang tak suka bercuti di pulau? Ia menjadi antara pilihan utama pasangan baru yang inginkan honeymoon pertama mereka.

Di Coral View Island Resort menawarkan segala yang anda inginkan untuk percutian pulau. Chalet tepi pantai, ada swimming pool, dan selesa.

Island hopping, scuba diving dan snorkeling antara aktiviti yang wajib cuba bila bercuti di pulau.

4. Berjaya Langkawi Resort Island, Langkawi

Di sini anda boleh nikmati 2 perkara, suasana nyaman hutan tropika di satu bahagian dan hembusan bayu laut di satu bahagian.

Mana nak dapat enjoy dua benda tersebut dalam satu masa, hutan yang menghijau dan kebiruan air laut. Hanya di sini.

Disamping aktiviti laut, banyak tarikan lain seperti Underwater World Langkawi dan Muzeum 3D sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga.

5. Mabul Water Bungalow, Pulau Mabul

Kalau anda dan pasangan ingin travel ke bahagian Barat Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak, Madu cadangkan boleh berkunjung ke Pulau Mabul.

Dinobatkan sebagai “The Best Dives Bases In The World” kerana kejernihan airnya. Memang syok kalau buat aktiviti menyelam kat sini.

Walaupun reka bentuk luaran nampak tradisional dan klasik, tetapi kalau tengok di dalam memang sangat moden dan luas.

Macam mana? Dah ada planning nak pergi honeymoon di mana? Ini antara top 5 favourite Madu. Tapi kalau Maduners ada pilihan sendiri, pun terbaik.

Post a Comment