Tak Perlu Produk Mahal Atau Rutin Rumit, Kiub Ais Boleh Cantikkan Kulit! – Manis Madu
Tak Perlu Produk Mahal Atau Rutin Rumit, Kiub Ais Boleh Cantikkan Kulit!

Tak Perlu Produk Mahal Atau Rutin Rumit, Kiub Ais Boleh Cantikkan Kulit!

Jika bercakap tentang penjagaan kulit, pastinya pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mendapat kulit yang sihat dan sempurna. Kulit yang terdedah kepada sinaran matahari, pencemaran udara, tabiat pemakanan yang tidak sihat serta tekanan antara punca masalah berkaitan kulit mula muncul.

chris-knight-P4-4J9QF7rI-unsplash (1)

Jerawat, garis-garis halus dan kedutan, pori-pori besar dan tersumbat, kulit kusam, lingkaran hitam bawah mata dan banyak lagi. Euww, tak suka!

 

Produk mahal dah cuba, cara tradisional pun dah cuba tapi masih tak dapat selesaikan masalah kulit? Mungkin Maduners fikir perlu tukar kepada produk berbeza atau cuba mencari produk lain untuk kulit.

noah-buscher-eCJiD00AJqs-unsplash (1)

Tapi, Maduners tahu tak masalah itu semua boleh diselesaikan hanya dengan menggunakan ais. Ya betul, hanya dengan menggunakan ais!

chris-robert-gzZtdDg4CXI-unsplash (1)

Lihat faedah yang dia maksudkan:

Boleh memberi ‘glowing effect’ serta-merta

Ais dapat menyempitkan saluran darah dan melegakan keradangan. Ia dapat meningkatkan pengaliran darah, mencerahkan kulit dan kerana itu dapat memberi glowing effect serta merta pada kulit!

Mengurangkan tanda-tanda penuaan

Kesejukan ais membantu mengetatkan pori-pori kulit dan mengehadkan kemunculan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus. Kerana itu menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan muda.

Mengurangkan eye bag

Sapukan ais pada muka dengan kerap dapat mengurangkan bengkak dengan mengecutkan saluran darah yang melebar. Oleh itu, ia membantu dalam menghilangkan eye bag!

Meningkatkan penyerapan produk

Menggosok ais pada muka sebelum memakai skincare boleh membantu produk yang digunakan mencapai lapisan kulit dengan lebih dalam dan menyerap dengan lebih baik.

Mengurangkan jerawat

Menggunakan ais pada jerawat boleh membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan dengan meningkatkan aliran darah dan dengan mengecilkan pori-pori dan mengekang pengeluaran minyak yang berlebihan.

Menyembuhkan selaran matahari (sunburn) dan ruam

Sapukan ais adalah cara terbaik untuk merawat selaran matahari kerana dengan cara itu boleh menenangkan kulit serta membantu menghilangkan kemerahan dan keradangan akibat pendedahan matahari.

jan-antonin-kolar-tvD7W6yXI1I-unsplash (1)

Banyaknya manfaat penggunaan sapuan ais pada kulit muka! Menarik untuk dicuba. Sekarang, Madu kongsikan pula cara yang betul menggunakan ais kiub untuk selesaikan masalah kulit Maduners.

 

  1. Balut beberapa kiub ais dalam kain atau sapu tangan nipis kemudian baru sapukan pada muka.
  2. Selain menggunakan air suling untuk dibekukan menjadi ais, Maduners boleh juga tambahkan bahan lain seperti tomato, aloe vera, timun atau lain-lain ke dalam bekas kiub ais untuk memberi nutrisi tambahan.
  3. Jangan sapukan ais pada kulit lebih daripada sekali sehari! Kalau Maduners ada kulit sensitif, dilarang untuk sapukan ais direct ke kulit. Nanti lain pula jadinya!
  4. Jangan tinggalkan ais kiub pada kawasan tertentu muka selama lebih daripada satu minit.
  5. Maduners perlu lebih berhati-hati semasa menyapu kiub ais di sekeliling mata, terutamanya jika ia mengandungi bahan-bahan istimewa. Jangan gosok terlalu kuat juga di bawah mata kerana ia adalah kawasan sensitif.
  6. Sentiasa urut dan gosok ais dalam gerakan bulat kecil untuk hasil terbaik.
  7. Jika Maduners rasa kurang selesa atau rasa sensasi terbakar semasa menggunakan ais kiub, terus hentikan prosedur ini dan dapatkan nasihat doktor tau. Mungkin tidak sesuai dengan kulit korang.

 

Lepas ini Maduners boleh pula cuba kaedah kiub ais ini. Jangan lupa ‘pantang larang’ kalau nak guna kaedah ini. Selamat mencuba!

Post a Comment