Tak Perlu Travel Jauh-Jauh Pun, Selangor Janjikan Destinasi Tersembunyi Menarik Untuk Korang! – Manis Madu
Selangor Janjikan Destinasi Tersembunyi Menarik Untuk Korang

Tak Perlu Travel Jauh-Jauh Pun, Selangor Janjikan Destinasi Tersembunyi Menarik Untuk Korang!

Bosan pada hujung minggu atau waktu cuti, tapi malas nak drive jauh? Selangor pun ada banyak hidden gems!

Selangor sebenarnya ada banyak tarikan yang berbeza. Terkenal dengan landskap hijaunya, Alif sendiri yang bermastautin di Selangor belum habis explore lagi.

 

Bak kata pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’, Selangor kaya dengan lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

 

Alif nak kongsi dengan Maduners semua beberapa lokasi menarik ataupun kata orang menjadi hidden gems di Selangor dan mungkin ramai yang tak tahu tentang destinasi ini.

1. Kuil Sri Shakti Devasthanam

Shakti-Temple-Bukit-Rotan-Malaysia-768

Sumber Gambar: Facebook

Terletak di Bukit Rotan, kuil ini adalah simbol seni bina kuil Hindu yang sempurna. Ramai penganut Hindu akan menjadikan ini sebagai lokasi wajib persinggahan.

2. Pantai Morib

 

View this post on Instagram

 

A post shared by دانيا ادلينا (@daniaadlina_) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🐹 (@adistybalqismj__) on

Pantai Morib merupakan salah satu pantai yang berhampiran dengan pusat bandar dan sering dikunjungi oleh pelancong dan penduduk tempatan.

 

Terletak di antara pantai berpasir yang panjang dan pokok-pokok tropika, banyak pilihan resort yang boleh Maduners pilih untuk vacation.

3. Taman Kunang-Kunang Kg. Kuantan

Taman Kunang-Kunang Kg. Kuantan

Sumber Gambar: www.mdks.gov.my

Nak lihat pertunjukan cahaya secara semula jadi? Tak perlu berjalan jauh-jauh, Maduners boleh berkunjung ke sini untuk sertai lawatan berpandu pada waktu malam.

 

Destinasi ini hotspot tidak kira sama ada pelancong ataupun warga tempatan, mesti akan datang berkunjung bagi melihat keindahan kunang-kunang!

4. Sky Mirror

 

View this post on Instagram

 

Welcome to sky mirror kuala selangor.

A post shared by Sky Mirror Kuala Selangor (@skymirrormalaysia) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sky Mirror Kuala Selangor (@skymirrormalaysia) on

Seronoklah Instagrammer sebab ini antara lokasi yang orang kata paling Instagrammable untuk Maduners abadikan bersama keluarga, kawan-kawan dan kenalan.

 

Tapi bukan selalu boleh datang sini sebab fenomena cermin ini berlaku hanya dua kali sebulan, iaitu pada bulan purnama dan bulan baru, jadi Alif nasihatkan untuk rancang perjalanan dengan baik bagi destinasi ini.

5. Taman Eko Kesihatan Kuan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎀jocelyn🎀 (@sweetzleeling) on

Kalau Maduners sampai ke Tanjung Sepat, ini merupakan eko-destinasi yang sangat terkenal di Selangor.

 

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan yang berasaskan sarang burung, ini lokasi yang wajib untuk mereka kunjungi.

 

Tanah seluas 5 ekar ini lengkap dengan eko-teater, zoo mini, ladang buah-buahan dan juga kafe.

Haaa, macam mana? Banyak saja destinasi menarik yang ada di Selangor. Tak perlu pun Maduners drive jauh-jauh.

 

Jadi apa lagi, ayuh kita sama-sama pergiatkan semula aktiviti pelancongan domestik, Malaysia boleh!

Post a Comment