Tak Sabar! Jisoo Blackpink Teruja Kongsi Pengalaman Berlakon – Manis Madu
Tak Sabar! Jisoo Blackpink Teruja Kongsi Pengalaman Berlakon

Tak Sabar! Jisoo Blackpink Teruja Kongsi Pengalaman Berlakon

Madu rasa, ramai pasti tidak sabar melihat penyanyi, Jisoo berlakon pula selepas dia menyertai barisan pelakon drama Snowdrop. Semestinya sisi berbeza serta bakat lakonannya pula jadi perhatian selepas ini!

 

Keterujaan itu turut dirasai anggota BLACKPINK terbabit apabila banyak detik indah dilaluinya ketika penggambaran, lapor Soompi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JISOOšŸ¤ (@sooyaaa__)

Menurut Jisoo, dia cukup gembira apabila persiapan dilakukan produksi dibuat begitu rapi sebelum penggambaran terutama aspek membina keserasian antara setiap pelakon.

 

“Saya menjadi rapat dengan semua orang ketika penggambaran dan saya rasa seperti tinggal dalam dorm sebenar. Saya dapat bertemu rakan pelakon sebelum penggambaran drama itu dimulakan.

 

“Ia bagi mencipta keserasian antara kami sambil berlatih serta keluar lepak bersama. Sememangnya saya sangat seronok menjalani proses penggambaran drama itu bersama yang lain,” katanya.

 

Dalam drama berkisar penuntut universiti itu, Jisoo bakal menjayakan watak Young Ro. Wataknya seorang yang sangat periang dan sentiasa menghidupkan suasana dalam dorm nombor 207 di Universiti Wanita Hosu.

 

“Ketika penggambaran, saya salurkan sepenuh kerja keras untuk berfikir serta berlagak seperti Young Ro. Kenangan paling bermakna adalah setiap saat saya tidak henti bercakap kepada pengarah Jo Hyun Tak mengenai watak saya.

 

“Saya tidak henti mempersiapkan diri dan sentiasa berfikir bagaimana saya boleh pastikan watak Young Ro besar ertinya kepada watak Su Ho. Saya mahu watak Su Ho tidak akan lupa kepadanya,” katanya.

 

Su Ho yang dilakonkan Jung Hae In adalah watak hero yang mana Young Ro bertemunya buat pertama kali dalam satu pertemuan mencari jodoh.

 

Dalam pada itu, Jisoo juga sangat terharu apabila anggota BLACKPINK lain tidak henti memberikan sokongan buatnya.

Hakikatnya, kata-kata semangat mereka juga berjaya menguatkan lagi dirinya untuk bekerja keras dalam drama itu.

 

“Mereka cakap mereka pasti akan menontonnya kelak. Disebabkan sokongan mereka, sekali gus menambahkan lagi kekuatan buat saya dapat melakukan yang terbaik ketika penggambaran,” katanya.

 

Snowdrop bakal mula ditayang pada 18 Disember ini.

Post a Comment