Tak Sangka Ini Jadi Pada Badan Selepas Derma Darah, Rupanya Ini Terjadi Kalau Kita Derma Darah! – Manis Madu
derma darah-Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Tak Sangka Ini Jadi Pada Badan Selepas Derma Darah, Rupanya Ini Terjadi Kalau Kita Derma Darah!

Derma darah ini merupakan sesuatu yang tak lekang lagi di mulut masyarakat sekarang.

 

Sebelum negara dilanda wabak Covid-19 dulu, mesti akan ada stesen derma darah di universiti, sekolah dan juga pusat beli belah kan?

Derma-Darah3

Nampak tak sebenarnya betapa mudahnya kita nak menderma darah sebab dah banyak kemudahan dan akses yang disediakan.

 

Tapikan, tak semua yang berani nak derma darah sebab ada yang takut jarum, takut darah kurang dalam badan, takut dapat penyakit dan banyak lagi!

 

Tidak sama sekali! Anda langsung tak akan dapat semua itu kalau derma darah malah anda akan dapat lagi banyak kebaikan!

#1 Bukan Sahaja Bantu Kesihatan Pesakit, Tapi Kesihatan Penderma

Derma-Darah-4

Anda tahu tak? Jika anda derma darah, anda akan jadi lebih sihat daripada sebelum menderma.

 

Kenapa? Haa, sebab bila anda derma darah, tulang belakang anda akan hasilkan darah yang baru yang lebih sihat dan baik untuk badan.

 

Jangan risau, sebab, petugas kesihatan akan buat pemeriksaan kesihatan dulu sama ada seseorang itu ada masalah kesihatan atau tidak dan layak tak untuk menderma darah.

#2 Kawal Jumlah Zat Besi Dalam Darah

Hmmm, dekat Malaysia ini, kematian akibat serangan jantung dikatakan antara yang tinggi di Asia Tenggara.

 

Nak tahu tak apa antara penyebab serangan jantung? Berlebihan zat besi!

 

Zat besi yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan berlakunya risiko serangan jantung.

 

Jadi untuk elakkan zat besi yang berlebihan, maka aktiviti menderma darah adalah yang paling baik untuk menstabilkan kembali kandungan zat besi dalam darah.

#3 Kurangkan Kalori Dalam Darah

Derma-Darah-5

Dalam satu kajian yang dijalankan, menderma darah dapat mengurangkan sebanyak 650 kalori hanya dengan satu sesi dan yang paling best hanya dengan baring di kerusi!

 

Tapi, jangan sampai jadikan derma darah semata-mata nak jadi kurus.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia dah tetapkan seseorang itu hanya boleh menderma darah sekali dalam tiga bulan untuk memastikan darah baru dapat dihasilkan dengan baik.

#4 Memastikan Pesakit Kronik Terus Bertahan Hidup

Derma-Darah-6

Ini adalah alasan paling penting kenapa kita perlu menderma darah.

 

Untuk memastikan pesakit-pesakit kronik dan juga mereka yang memerlukan darah supaya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

 

Dalam pada kita menderma darah, pasti kita dapat memberikan sumbangan secara berbeza dari mereka yang membantu secara kewangan.

 

Madu juga pernah menderma darah dan selepas selesai menderma darah memang Madu rasa lagi segar dan sihat tau!

 

Jadi apa lagi semua Maduners, lepas ini bolehlah belajar-belajar menderma darah!

Selamat Hari Derma Darah sedunia!

 

Sumber Featured Image: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Post a Comment