Tak Sangka! Tunjuk Baby Bump Dan Gambar Imbasan Bayi Haram Bagi Ibu Mengandung
Setiap wanita atau mana-mana pasangan yang dikurniakan rezeki cahaya mata pasti teruja untuk berkongsi pengalaman dan detik-detik indah sepanjang kehamilan mereka. Ini termasuk memuat naik tentang kehamilan di mana-mana platform media sosial.
Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pendakwah selebriti dikenali sebagai Aisyah Hijanah, dia mendedahkan bahawa terdapat beberapa perkara yang diharamkan bagi wanita hamil lakukan atau lebih tepat berkongsi kepada masyarakat secara umum.
View this post on Instagram
“Ada dua benda sebenarnya perempuan hamil tak boleh tunjuk. Pertama adalah baby bump. Kadang-kadang ada perempuan dah pakai baju longgar tapi sebab baby bump dia besar tetap akan nampak walaupun tidak memakai baju ketat.
“Itu tak mengapa. Tapi kalau baby bump memang nampak dan sengaja pakai ketat, itu tak boleh,” katanya menerusi satu klip video yang dikongsi di media sosialnya.
Manakala perkara kedua di mana seorang wanita hamil haram melakukannya adalah menunjukkan gambar imbasan bayi.
Untuk perkara kedua pula, Madu yakin pasti ramai akan terkejut kerana tidak ramai yang tahu dan menyangka perkara ini haram dilakukan bagi wanita hamil!
Aisyah berkata, perkara kedua yang tidak boleh dilakukan oleh wanita hamil adalah menunjukkan gambar imbasan bayi.
“Gambar itu tidak boleh ditunjuk sebab zahirnya janin adalah yang tersembunyi. Bila kita tunjuk dekat orang, dia tak selari dengan maksud janin itu,” ujarnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat 1.5 juta tontonan, 158.4k tanda suka, 1971 komen serta telah dikongsi hampir 10 ribu orang di laman TikTok.
Harapnya para bakal ibu boleh mula mengelakkan daripada melakukan dua perkara ini ketika hamil!