Tak Semua Boleh Tahan Sakit, Berhenti Judge Wanita Ambil Epidural! – Manis Madu
Tak Semua Boleh Tahan Sakit, Berhenti Judge Wanita Ambil Epidural!

Tak Semua Boleh Tahan Sakit, Berhenti Judge Wanita Ambil Epidural!

Pengalaman hamil dan melahirkan zuriat pasti menjadi impian setiap wanita yang melangkah ke alam rumah tangga. Zuriat juga sering dikatakan sebagai pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

 

Kerap juga kita dengar cerita mengenai ibu-ibu yang memilih untuk bersalin dengan mengambil epidural kerana tidak mahu merasai sakit keterlaluan ketika proses melahirkan anak.

 

Namun, para ibu yang memilih cara ini kerap kali dipandang rendah kerana tidak melahirkan anak secara normal.

 

Tohmahan seperti ‘kurang sempurna’ juga sering dimomokkan golongan ini kerana bagi mereka ibu-ibu yang mengambil epidural ini tidak merasai ‘nikmat’ kesakitan sebenar ketika bersalin.

 

Baru-baru ini, Doktor Imelda Balchin, Konsultan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) ada berkongsi pandangannya di laman Facebook mengenai isu tersebut.

Menurut Doktor Imelda, setiap orang perlu menghormati pilihan masing-masing kerana ada yang memilih untuk merasa ‘sakit’ bersalin dan ada juga yang nak ‘selesa’ bersalin, asalkan ibu dan bayi yang dilahirkan sihat walafiat.

 

“Kenapa nak paksa wanita yang nak bersalin tahan sakit (mengambil epidural) jika mereka sudah ada lebih ilmu pengetahuan tentang epidural dan memilih epidural?”

 

Tambahnya, epidural tidak meningkatkan risiko sakit belakang dan risiko untuk mendapat masalah jangka masa panjang disebabkan oleh epidural ialah satu dalam 20 ribu orang yang ambil epidural.

 

Doktor Imelda juga menjelaskan, tidak semua ibu boleh mendapat epidural di hospital kerana bergantung kepada berapa ramai doktor pakar bius di hospital ketika itu.

 

Beliau juga menambah agar para wanita lain untuk tidak mendengar kata-kata orang luar dan buatlah keputusan atas pilihan sendiri.

 

“Toksah laaa dengaq palatau dari doula dan makcik bawang yang tak benarkan wanita memilih epidural dan hentikan membuat hukuman ke atas wanita yang tak mahukan beban sakit.

 

“Wanita dewasa berhak membuat pilihan mereka sendiri atas nasihat doktor perubatan,” ujarnya.

 

Betul apa yang Doktor Imelda cakap, selagi tak mendatangkan mudarat, buatlah apa-apa keputusan atas pilihan sendiri. Tak perlu peduli tohmahan orang luar.

Post a Comment