Tak Senonoh! Lelaki Berpakaian Seragam Tentera Jilat Tangan Pekerja Wanita – Manis Madu
Tak Senonoh! Lelaki Berpakaian Seragam Tentera Jilat Tangan Pekerja Wanita

Tak Senonoh! Lelaki Berpakaian Seragam Tentera Jilat Tangan Pekerja Wanita

Pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat, trauma selepas menjadi mangsa cabul lelaki memakai pakaian seragam tentera, tengah hari semalam, lapor Harian Metro.

 

Dalam kejadian pada 1 tengah hari pada 5 Oktober, mangsa berusia 18 tahun didatangi suspek yang ingin membeli barangan vape sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, selepas itu, suspek masuk semula ke dalam kedai dan memaklumkan pod vape dibelinya tidak berfungsi.

 

Beliau berkata, mangsa kemudian memeriksa pod itu dan menggantikan dengan yang baru.

 

“Mangsa menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa serta turut menjilat tangan mangsa.

 

“Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Mohamad Farouk berkata, siasatan diteruskan dan usaha untuk mendapatkan butiran peribadi dan mengesan suspek sedang dijalankan.

 

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul.

 

Menurutnya, orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.

Post a Comment