Tak Susah Mana Pun, Resepi Durian Crepe Jumbo Menggiurkan! – Manis Madu
Tak Susah Mana Pun, Resepi Durian Crepe Jumbo Menggiurkan!

Tak Susah Mana Pun, Resepi Durian Crepe Jumbo Menggiurkan!

Memandangkan sekarang musim durian, mesti ramai yang suka cuba buat hidangan berasaskan durian! Tidak kiralah sama ada menu itu klasik atau dah diinovasi menjadi hidangan moden.

 

Durian crepe merupakan antara pencuci mulut kegilaan ramai ketika ini. Rasanya yang manis, lembut, berlemak, gebu di samping mengekalkan rasa durian sebenar, memang umphh!

 

Jom Anis kongsikan dengan Maduners resipi membuat durian crepe yang dikongsikan oleh @arizlufias di laman TikTok.

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 380g susu
  • 30g gula
  • 40g tepung kastard
  • 300g isi durian

 

Bahan B

  • 230g air
  • 140g susu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil minyak masak
  • 30g gula
  • 40g tepung ubi
  • 70g tepung gandum
  • 200g tepung kastard
  • 20g tepung jagung
  • Pewarna kuning
  • Whipping cream

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, kita sediakan inti terlebih dahulu. Masukkan 380g susu diikuti 30g gula dan tepung kastard. Kacau hingga sebati.

300g durian

2. Masak adunan tadi atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. Kemudian, masukkan 300g isi durian. Sejukkan.

3. Untuk kulit crepe pula, campurkan semua bahan B dalam satu bekas dan gaulkan hingga menyatu. Tapis adunan dan dah boleh masak. Gunakan api kecil okay!

4. Bila semua bahan utama dah siap, letakkan kulit crepe di atas pinggan. Letakkan whipping cream diikuti inti durian yang dibuat tadi lalu balut crepe sehingga menjadi bentuk petak.

durian crepe jumbo

5. Sejukkan dan sedia untuk dimakan!

 

Resipi yang ditunjukkan oleh Ariz ini bersaiz jumbo, kalau Maduners nak saiz yang lebih kecil boleh ubah ikut cita rasa masing-masing.

Post a Comment