Taktik ‘Dapat Barang Baru Bayar’ Cara Terbaru Scammer Seller Dari China Perdaya Pembeli
Di musim pandemik ini, kebanyakan pengguna lebih memilih jual beli atas talian berbanding membeli secara fizikal.
Ini berikutan wabak Covid-19 yang masih belum sepenuhnya pulih dan arahan ‘lockdown’ daripada kerajaan.
Namun, kaedah jual beli atas talian ini juga mempunyai kekurangan di samping kelebihan seperti risiko ditipu, penghantaran lambat, kualiti barang yang berbeza dan lain-lain.
Menurut hantaran yang dibuat oleh seorang wanita di laman Facebook, dia berkongsi pengalaman daripada sahabat suaminya sendiri.
Perkongsian tersebut mengenai taktik scammer dari China yang menggunakan teknik Cash On Delivery (COD) atau konsep ‘dapat barang baru bayar’.
Dia mendedahkan ramai pembeli di Malaysia telah terkena dengan teknik scammer dari China ini yang menjual barang-barang menggunakan teknik COD.
Modus operandi yang dilakukan adalah mereka akan jual sesuatu barang pada harga tak masuk akal seperti gadget, phone, laptop dan sebagainya.
Contohnya harga pasaran tablet dijual pada harga RM800 tapi mereka hanya jual pada harga RM300.
Mereka akan menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran seperti DHL atau Ninja Van untuk menghantar barangan mereka.
Kemudian pembeli perlu membayar dahulu sebelum mereka dapat membuka parcel mereka.
Setelah mereka membuka parcel tersebut, ketika itulah pembeli atau penerima akan rasa tertipu.
“Macam saya order laptop touch screen tapi hanya dapat plastik game demo set yang hanya untuk display je. Bila saya jumpa balik dengan rider DHL tu mereka pun tak dapat buat apa sebab dah klik Successful Delivered.”
Lebih teruk, mereka akan membuat beribu page lagi dan menggunakan iklan di Facebook untuk mencari pelanggan baru.
Mereka juga tidak meninggalkan sebarang maklumat untuk dihubungi samada nombor telefon atau email.
Terkini ada scammer yang menggunakan logo Shopee melalui hantaran email untuk menipu orang ramai.
Bagitahu kawan kawan family korang semua, kalini scammer guna logo shopee pulak. pic.twitter.com/G5YwtRuL9H
— akeem (@AkeemSharyzal) June 21, 2021
Maduners boleh berkongsi maklumat ini dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga supaya tidak tertipu dengan muslihat ini dan juga berhati-hati untuk tidak menekan sebarang pautan yang mencurigakan.