Takut Melancong Ke Kawasan Hutan? 5 Hutan Paling Cantik Di Dunia Ini Akan Ubah Persepsi Korang! – Manis Madu
Takut Melancong Ke Kawasan Hutan_ 5 Hutan Paling Cantik Di Dunia Ini Akan Ubah Persepsi Korang!

Takut Melancong Ke Kawasan Hutan? 5 Hutan Paling Cantik Di Dunia Ini Akan Ubah Persepsi Korang!

Daripada kebanyakan pilihan destinasi percutian, melancong ke kawasan perhutanan masih rendah berbanding yang lain. Selain memerlukan persiapan yang lebih banyak, risiko-risiko lain juga menjadi penyebab kawasan seperti ini tidak terlalu mendapat perhatian para pelancong.

 

Namun, pengalaman ke hutan tidaklah seteruk mana dan bukanlah pilihan yang buruk sebenarnya. Malah, terdapat beberapa tempat mempunyai keunikan yang luar biasa dan kaki travel wajib ke sana sekali seumur hidup!

1. Black Forest, German

thomas-griesbeck-J04Njx_yz9c-unsplash (1)

Bukan sahaja seni bina yang indah, Jerman juga mempunyai hutan yang indah di Baden-Württemberg. Hutan sepanjang 7,500 kilometer ini mempunyai gabungan lengkap yang terdiri daripada landskap semula jadi, kawasan luar bandar, air terjun, dan istana.

 

Malangnya di sebalik keindahannya, Black Forest ini lebih dikenali sebagai salah satu hutan paling menakutkan di dunia kerana di beberapa waktu, hutan ini betul-betul gelap!

2. Hutan Buluh Sagano, Jepun

duonguyen-fsJ0basri8U-unsplash (1)

Hutan buluh di Kyoto, Jepun, sememangnya tidak asing lagi dan ia merupakan salah satu tempat paling popular di Kyoto. Hutan ini kelihatan sangat cantik dan fotogenik dan korang boleh berkunjung ke tempat ini tanpa perlu membayar tiket!

3. Taman Negara Tijuca, Brazil

agustin-diaz-gargiulo-7F65HDP0-E0-unsplash (1)

Taman Negara Tijuca terletak di Rio de Janeiro yang mempunyai kawasan seluas 3,200 hektar. Ini merupakan taman nasional pertama di dunia yang digunakan sebagai projek perhutanan besar-besaran. Pada mulanya, kawasan hutan di bawah patung mercu tanda Christ the Redeemer ini adalah kawasan perindustrian.

 

Menariknya dari Taman Negara Tijuca, korang boleh bersiar-siar menggunakan kereta atau kenderaan yang disediakan. Selain flora dan fauna, korang juga dapat menemukan beberapa air terjun yang indah, seperti Cascatinha de Taunay, Cascata Gabriela, dan Cascata Diamantina.

4. Rizab Alam Semula Jadi Tsingy de Bemaraha, Madagascar

Sebagai pulau ke-4 terbesar di dunia, Madagascar mempunyai rizab alam semula jadi yang sangat menakjubkan! Rizab ini berhampiran dengan pantai barat Madagascar, yang terletak di rantau Melaky.

Tempat ini mempunyai geografi unik yang menggabungkan hutan bakau dengan populasi lemur, serta burung liar. Rizab Alam Semula Jadi Tsingy de Bemaraha telah menjadi sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1990.

5. Hutan Otzarreta, Sepanyol

otzarreta

Hutan ini terletak di Basque, Sepanyol, adalah sebahagian daripada taman negara Gorbeia. Kawasan ini dianggap agak misteri kerana kadang-kadang kabus tebal menyelubungi hutan Otzarreta secara tiba-tiba. Pokok-pokok dengan pelbagai bentuk yang unik dan sangat besar boleh ditemui di hutan ini.

Sumber: Conde NastReddit

Post a Comment