Takziah, Ibu Aaron Aziz Telah Meninggal Dunia – Manis Madu
Ibu Aaron Aziz Telah Meninggal Dunia

Takziah, Ibu Aaron Aziz Telah Meninggal Dunia

Takziah Madu ucapkan kepada keluarga Aaron Aziz atas pemergian ibu tercinta pada 7 November 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Ibu pelakon popular, Datuk Aaron Aziz yang bernama Allahyarhamha Juriana Jaafar telah meninggal dunia di Hospital Besar Changi, Singapura sekitar pukul 8.00 malam pada 7 November 2020.

 

Pemergian ibu Aaron Aziz telah disahkan oleh isterinya , Datin Diyana Halik adalah disebabkan oleh serangan jantung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Menurut Diyana, ibu mentuanya itu terlantar di Hospital Besar Changi sejak 24 Oktober yang lalu dan Allahyarhamha meninggal dunia disebabkan masalah buah pinggang dan serangan jantung.

 

Aaron Aziz yang merupakan seorang pelakon yang berasal dari Singapura tetapi popular di Malaysia dengan drama seperti Jalan Sesat Ke Syurga telah berkongsi berita pemergian ibunya melalui media sosial Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

“Innalillahwainailaihirojiuun Ya Allah take all my pahala from all my Umrah trips dan Selamat kan lah Ibu ku HjH Juriana Bte Jaafar dari seksa kubur Dan api neraka. Ambik lah segala kerja amal ku utk menemani Ibuku di Alam Barzakh. Dan tempatkan lah Ibuku di antara hamba hamba MU yg akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha Love you Mummy more than anything in this world.”

 

Semoga keluarga Aaron Aziz menghadapi pemergian ini dengan tenang.

Post a Comment