Tampal Logo Halal Tapi Produk Ada Gelatin Babi? JAKIM Tampil Perjelas Isu Soft Gummy
Kalau Maduners kerap menghabiskan masa di aplikasi TikTok, pasti akan ternampak video para penjual yang menjual gula-gula gummy berinti jem berperisa buah-buahan.
Gula-gula yang juga dikenali sebagai jajan viral itu juga kerap mendapat perhatian ramai kerana rupa bungkusannya yang comel dan rasanya yang sedap.
Namun, baru-baru ini tular kembali beberapa keping gambar yang menunjukkan produk itu ada kandungan gelatin babi tetapi dalam masa yang sama di label produk itu tertera logo halal.
Perkara ini sememangnya menimbulkan kerisauan dan bibit-bibit perdebatan mengenai isu ini. Semua sedia maklum, isu berkaitan status halal ini merupakan isu sensitif dalam masyarakat.
Netizen juga turut mempersoalkan bagaimana gula-gula tersebut boleh dijual secara berleluasa di media sosial serta platform jual beli dalam talian.
Berdasarkan tinjauan di laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebuah kenyataan berkenaan jajan viral itu telah dikeluarkan.
@myjakimPihak JAKIM kembali menerima banyak pertanyaan awam berkenaan status halal pelbagai produk di pasaran yang didakwa tidak halal termasuk produk minuman jenama Fanta, roti jenama Massimo, Kod E, Kek Jenama Apollo dan sebagainya. Kesemua isu halal yang menular dan berulang serta TIDAK BENAR tersebut telah dijawab oleh pihak JAKIM sejak tahun 2016. Berikut adalah panduan bagi memperolehi penjelasan isu-isu halal yang menular
Difahamkan, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM dan penggunaan logo halal itu adalah salah mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan perundangan.
Selain itu, pihak JAKIM juga memberitahu pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.
Sebelum ini, Madu juga pernah kongsikan juga tentang soft gummy ini. Cuba korang check!