Tanda-tanda ‘Meow’ Kesayangan Anda Sedang Stress! – Manis Madu
Tanda-tanda ‘Meow’ Kesayangan Anda Sedang Stress

Tanda-tanda ‘Meow’ Kesayangan Anda Sedang Stress!

Percaya tak bahawa kucing kesayangan korang boleh menghadapi stress? Bukan manusia saja yang menghadapi masalah ini, haiwan pun ada!

 

Apa yang bahayanya ialah apabila kita sendiri tak sedar bahawa haiwan peliharaan kita sedang tertekan. Kemungkinan besar stres berpanjangan ini akan mendedahkan mereka kepada penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian.

 

Banyak sebenarnya tanda yang boleh korang lihat pada kucing untuk mengenal pasti sama ada mereka sedang mengalami tekanan. Jom kita tengok!

1. ‘Grooming’ Secara Berlebihan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PDSA 🐾 (@teampdsa) on

Kalau kucing korang grooming atau menjilat bulu secara berlebihan, berkemungkinan besar ianya sedang stress. Terutama sekali apabila dia menjilat pada bahagian yang sama sahaja sehingga menyebabkan bulu gugur.

 

Grooming terlalu banyak akan menyebabkan mereka mempunyai ‘bald spot’ iaitu botak di beberapa kawasan anggota badan yang telah dijilat secara berlebihan.

2. Makan, Makan, Makan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella the cat (@bella_thecoolcat) on

Betul! Sama macam manusia, kucing juga akan makan dalam jumlah yang banyak jika mereka sedang stress. Jadi kalau ‘meow’ kesayangan Maduners selalu sangat lapar dan meminta makanan pada waktu yang tidak sepatutnya, sebaiknya bawa ke klinik haiwan untuk langkah berjaga-jaga.

 

Tapi bergantung juga kerana setiap kucing mempunyai tingkah laku yang berbeza. Sesetengah kucing akan mempunyai selera makan yang sangat kurang ketika stress. Letaklah apa pun, kucing anda tak mahu makan atau minum!

3. Banyak Tidur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cats Nation (@cats_nation4u) on

Tidak dinafikan bahawa hobi kucing ini adalah tidur. Tapi kalau tidur atau rehat terlalu banyak sangat membawa maksud yang lain pula.

 

Kucing yang stress akan mengelak sebarang aktiviti fizikal mungkin kerana tiada motivasi untuk bangun. Kadang-kadang mereka akan berpura-pura untuk tidur!

4. Menyorok Berpanjangan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hudson (@hudson_the_bengal) on

Kalau korang perasan, kucing yang sedang stress selalunya akan menyorok daripada orang ramai atau kucing-kucing yang lain. Kebiasannya mereka suka duduk di tempat yang kecil atau gelap kerana ianya memberi aura keselamatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Carrot Cake 🥕🍰 (@thetailsofcarrotcake) on

Mereka sebolehnya akan mengurangkan dan mengelak sebarang interaksi sosial. Kesian kat meow, stress sangat sampai elak nak jumpa orang…

5. Terlampau Agresif Dengan Manusia/Haiwan Lain

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Addict Club (@cat_addict_club) on

Stress akan menyebabkan kucing yang dahulunya manja bertukar kepada monster! Ini kerana mereka lebih suka untuk bersendirian daripada berinteraksi dengan makhluk lain. Mereka akan banyak mendesis, growling tanda sedang marah, menyerang atau mencakar kucing lain dan mungkin juga akan mencakar Maduners juga! Takutttttt!

6. Bising 24 Jam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @caat_looveer on

Kucing yang tiba-tiba menjadi vokal atau bising adalah salah satu tanda yang menunjukkan mereka sedang stress. Asyik ‘meow’ sahaja 24 jam! Lagi-lagi apabila semua penduduk dalam rumah sedang tidur, masa itu jugalah mereka nak berbunyi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cats World 🐱🌎 (@cats.world6) on

‘Meow’ yang dikeluarkan itu pula bukan ‘meow’ jenis gembira tapi lebih kepada kesedihan. Mungkin mereka sedang kesunyian.

7. Membuang/Kencing Di Merata Tempat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kiera Bennett (@bennett.kiera) on

Siapa sahaja di sini suka apabila kucing kesayangan kencing di merata-rata tempat? Habis semua sofa, meja dan dinding terkena sampai menyebabkan rumah berbau hancing!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cats World 🐱🌎 (@cats.world6) on

Tapi sebelum menghukum, mungkin kucing Maduners sedang mempunyai masalah. Kucing yang berbuat sedemikian insecure dan merasakan mereka harus membuat ‘tanda’ di kawasan mereka. Hal ini selalunya disebabkan oleh kehadiran kucing atau orang baru yang membuatkan mereka berasa terancam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cats World 🐱🌎 (@cats.world6) on

Maduners yang ada membela kucing, kalau mereka menunjukkan tanda-tanda seperti yang Madu dah cerita dekat atas seeloknya bawa ke klinik haiwan sebagai langkah berjaga-jaga. Sayangilah kucing Maduners seperti anak sendiri!

 

~Stay safe Maduners!~

Post a Comment