“Tang Mana Melayunya?” Tarian Peserta Program Pencarian Wanita Melayu 2022 Dikecam Netizen – Manis Madu
Tarian Peserta Program Pencarian Wanita Melayu 2022 Dikecam

“Tang Mana Melayunya?” Tarian Peserta Program Pencarian Wanita Melayu 2022 Dikecam Netizen

Tular di media sosial baru-baru ini satu hantaran video menunjukkan seorang peserta uji bakat program Pencarian Wanita Melayu 2022 yang diadakan di sebuah pusat membeli belah.

 

Apa yang menarik perhatian netizen mengenai video berkenaan adalah gelagat peserta tersebut yang menunjukkan bakatnya dalam melakukan tarian hingga boleh melenturkan badan ke belakang sebelum melakukan backflip.

peserta melenturkan badan ke belakang

Netizen mempersoalkan tarian yang dilakukan wanita itu dan rata-rata membangkitkan isu di mana adat Melayu yang cuba ditunjukkan oleh wanita itu. Lebih menambah kecaman, peserta tersebut bertudung litup dan beragama islam.

 

Madu difahamkan, pusat membeli belah dipercayai di Plaza Shah Alam itu kini giat menjalankan uji bakat bagi mencari wakil wanita Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi.

 

Menurut laman rasmi Plaza Shah Alam, antara ciri-ciri wanita yang mereka cari adalah mempunyai kredibiliti berkomunikasi, sahsiah diri, pengalaman meluas dalam banyak bidang selain berpenampilan menyenangkan.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tentang ‘kemelayuan’ tarian yang dilakukan wanita tersebut dan menyifatkan tiada tarian Melayu seperti itu.

 

“Baru nak tanya, tarian Melayu negeri mana ni?”

 

“Tang mana melayunya?,”

 

“Ni wanita Disney,”

 

“Tak tau pulak ballet tarian Melayu,”

 

Video berkenaan mendapat 855.1k juta tontonan, 36.8k tanda suka dan 1878 komen di laman TikTok.

Post a Comment